Home Pembelajaran Abad Ke-21 Didik Hibur dalam Pendidikan Pelbagai Subjek

Didik Hibur dalam Pendidikan Pelbagai Subjek

by Cikgu Ayu dot My
Didik Hibur KPM

Didik Hibur KPM sentiasa bermain di fikiran guru-guru untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang menyeronokkan. kaedah ini pastinya boleh diguna pakai untuk subjek Bahasa melayu, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Muzik dan juga mata pelajaran yang lain.

Didik hibur merupakan salah satu inovasi yang cuba diperkenalkan kepada murid sebagai kaedah alternatif dalam proses pengajaran subjek. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid belajar dengan mudah dalam situasi yang bermakna.

Fokus pelaksanaannya adalah untuk membolehkan murid menguasai ilmu atau kemahiran sesuatu subjek dalam suasana yang menghiburkan. Apresiasi dan penghayatan seperti ini perlu diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara terancang.

Pelaksanaan Kaedah Didik Hibur

Howard Gardner (2000) melalui Teori kecedasan Pelbagai telah memperincikan 8 kecerderungan potensi yang ada dalam diri murid. Kepelbagaian kaedah pembelajaran akan membantu perkembangan atau pencapaian murid dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap murid mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua kecenderuangan kecerdasan yang lebih menonjol berdasarkan lapan yang disenaraikan.

Berikut merupakan lapan kecenderungan potensi atau minat murid yang telah disusun oleh Howard Gardner:-

  1. Verbal Linguistik
  2. Naturalis
  3. Logik Matematik
  4. Muzik
  5. Kinestetik
  6. Interpersonal
  7. Intrapersonal
  8. Visual Ruang

Bagaimana cara untuk mengenal pasti kecenderungan murid? Guru-guru boleh menilai melalui lapran prestasi atau membuat pemerhatian tingkah laku mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Boleh juga diselidik melalui aktiviti yang gemar dilakukan murid ketika waktu lapang atau selepas waktu persekolahan.

Contoh Aktiviti Didik Hibur

Melalui subjek bahasa. elemen ini kebiasaannya ditonjolkan sewaktu melaksanakan aktiviti Seni Bahasa. Berikut merupakan aspek didik hibur yang dapat memberikan idea kepada pelaksanaannya.

Terdapat empat aspek Didik Hibur yang boleh diterapkan, iaitu:-

  • Nyanyian
  • Lakonan
  • Bercerita
  • Berpuisi

Akhir Kata

Perkongsian tulisan Didik Hibur dalam Pendidikan ini merupakan bahan ulangkaji saya. Rakan-rakan guru boleh juga menggunakan input atau tulisan ini untuk diaplikasikan dalam sesi pembelajaran bersama murid.

Doa-doa Allah terima setiap keringat dalam tiap usaha mendidik anak-anak murid, tidak kira dalam apa jua cara. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My ya! 

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.