Isyarat Senyap dalam Bilik Darjah

Isyarat Senyap dalam Bilik Darjah

Suasana pembelajaran di dalam bilik darjah bukanlah sama seperti tanah perkuburan yang sunyi. Pergerakan murid untuk memenuhi tuntutan aktiviti mereka akan menjadikan bilik darjah agak riuh. Namun dalam keriuhan itu, adakah sesuai untuk kita gunakan pendekatan Give Me Five untuk mengawal kebisingan? Tentu sekali tidak, kerana suara kita pastinya tenggelam dalam keterujaan dan keriuhan suara mereka.

Make it simple. Gunakan sahaja isyarat tangan. Disiplinkan murid dengan peraturan ini supaya keadaan bilik darjah sentiasa terkawal. Untuk mengalih tumpuan mereka, guru hanya pertu menepuk tangan dan mengangkat sebelah tangan sebagai isyarat senyap.

Murid-murid juga perlu turut mengangkat tangan sehinggalah kesemua murid kembali fokus dan guru boleh menurunkan semula tangan. Semasa mengangkat tangan, guru perlu memastikan bahawa semua murid berhenti bercakap dan berhenti daripada melakukan apa-apa tugasan.

Apabila suasana kelas kembali tenang, guru boleh terus menyampaikan isi pembelajaran yang seterusnya. Jika murid kelihatan agak kurang fokus, berikan arahan Give Me Five! Selamat mencuba. 😀

Jangan lupa kongsi bersama rakan:
Share on FacebookShare on Google+Email this to someoneTweet about this on TwitterPin on Pinterest


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *