Home Pembelajaran Abad Ke-21 Beza ‘Learning Objective’ dan ‘Success Criteria’

Beza ‘Learning Objective’ dan ‘Success Criteria’

by Cikgu Ayu dot My

Melalui modul Sekolah amanah dan sekarang ini disebar luas melalui transformasi pengajaran abad ke-21, Objektif Pembelajaran (Learning Objective) dan Kriteria Kejayaan (Success Criteria) merupakan paparan penting di dalam bilik darjah. Murid akan lebih peka tentang apa yang mereka pelajari dan apa yang sepatutnya mereka capai sejurus tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Apa dan Bagaimana?

Pada permulaan penggunaan elemen ini, guru mungkin keliru untuk menggunakannya. Elemen ini akan lebih mudah difahami melalui penyoalan. Apabila ingin menulis tentang objektif, guru perlu menyoal, “Apa?”. Contohnya, “Apa yang akan murid pelajari?”. Maka penulisan objektif akan menunjukkan isi pembelajaran yang hendak disampaikan.

Bagi penulisan kriteria kejayaan pula, ajukan persoalan melalui kata tanya “bagaimana?”. Melalui kriteria kejayaan, murid dan guru akan dapat mengetahui bagaimanakah bentuk pencapaian yang perlu dicapai oleh murid, berpandukan objektif pembelajaran tadi. Contohnya, “Bagaimanakah percapaian yang boleh dikatakan mereka berjaya?”.

Contoh Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

  • Objektif pembelajaran:
    5.2.3 Memahami dan seterusnya menggunakan kata majmuk yang telah mantap dengan betul.
  • Kriteria Kejayaan:
    Murid dapat:
    – Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 contoh kata majmuk yang telah mantap dengan betul.
    – Mengisi sekurang-kurangnya 5 tempat kosong menggunakan kata majmuk yang telah mantap dengan betul.
    – Membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan kata majmuk yang telah dengan betul.

Pembelajaran Lebih Teratur

Apabila objektif pembelajaran dan kriteria ini dipaparkan pada setiap kali sesi pembelajaran bermula, maka perjalanan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan teratur. Alaf ke-21 bukan lagi zaman mengurung objektif pembelajaran di dalam rekod pengajaran guru sahaja, kongsikan bersama murid-murid kita!

Muat Turun Label

Mulakan sekarang, muat turun label dan tampal di papan putih bilik darjah:
Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

Related Posts

18 comments

Pn. Hjh. Rozilah bt. Hj. Mohd Zain December 17, 2015 - 5:44 PM

Satu info yang amat berguna ke arar transformasi pengajaran alaf ke-21. Terimakasih atas perkongsian ilmu yang bermanafaat ini. Harap dapat bersama berkongsi limu yang amat berguna ini. Tahniah dan terimakasih sekali lagi.

Reply
Normizah Mihat February 27, 2017 - 8:44 AM

Terima kasih.. Info yg sgt membantu guru.

Reply
Lily March 8, 2016 - 2:38 PM

Terima kasih dengan penjelasan..sangat bermanfaat

Reply
Hafizah Abu Bakar September 26, 2016 - 5:08 PM

Blh tak tlg emel contoh rph bahasA melayu sekolah menengah

Reply
zahwa September 4, 2017 - 11:09 AM

dapat bagi contoh rph bahasa melayu sekolah rendah

Reply
Rashida A.Hadi January 8, 2017 - 8:50 AM

Apa beza hasil pembelajaran dan kriteria kejayaan? Perlu tak tulis kriteria kejayaan dalam rph?

Reply
Ismail January 17, 2017 - 9:42 PM

Trm kasih daun keladi ya..

Reply
Mislinah February 8, 2017 - 7:27 AM

Terima kasih atas perkongsian info.

Reply
Cikgu Atesha February 24, 2017 - 8:03 AM

Terimaa kasih atas perkongssian yang bermanfaat

Reply
Sulmawati bt Sulaiman February 24, 2017 - 10:46 AM

Good..I really need this.

Reply
Sulmawati bt Sulaiman February 24, 2017 - 10:47 AM

Thank you. I really need this for my PdPc.

Reply
cikgu yumie February 25, 2017 - 7:30 PM

Terima kasih banyak…saya da print out objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan…

Reply
Zanariah BT topan April 7, 2017 - 10:10 AM

Pejelasan yg sangat terang dan bermanfaat.Boleh tak emelkan contoh rph BM sekolah rendah

Reply
Noor Azlina Abdul Razak July 20, 2017 - 11:56 PM

Tksh atas perkpngsian yang bermakna….

Reply
Amir malek January 5, 2019 - 10:04 AM

Terima kasih di atas perkongsian…info yang baik

Reply
Nisa September 17, 2019 - 2:40 PM

Kan objektifmesti boleh diukur?

Reply
Kamaluddin Ibrahim January 8, 2020 - 12:40 PM

Alhamdulillah dan terima atas maklumat dan perkongsian.

Reply
Yussof March 15, 2023 - 9:04 AM

Objektif pembelajaran menggunakan perkataan “memahami”, Persoalannya bagaimana kita nak ukur tahap pemahaman pelajar atau murid? Jadi perkataan memahami tak boleh diukur dan tak sesuai digunakan untuk objektif pembelajaran. Terima kasih atas perkongsiannya. Semoga Allah memberkati.

Reply

Leave a Reply to Cikgu Atesha Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.