Pembelajaran Abad Ke-21

Beza ‘Learning Objective’ dan ‘Success Criteria’

16

Melalui modul Sekolah amanah dan sekarang ini disebar luas melalui transformasi pengajaran abad ke-21, Objektif Pembelajaran (Learning Objective) dan Kriteria Kejayaan (Success Criteria) merupakan paparan penting di dalam bilik darjah. Murid akan lebih peka tentang apa yang mereka pelajari dan apa yang sepatutnya mereka capai sejurus tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pada permulaan penggunaan elemen ini, guru mungkin keliru untuk menggunakannya. Elemen ini akan lebih mudah difahami melalui penyoalan. Apabila ingin menulis tentang objektif, guru perlu menyoal, “Apa?”. Contohnya, “Apa yang akan murid pelajari?”. Maka penulisan objektif akan menunjukkan isi pembelajaran yang hendak disampaikan.

Bagi penulisan kriteria kejayaan pula, ajukan persoalan melalui kata tanya “bagaimana?”. Melalui kriteria kejayaan, murid dan guru akan dapat mengetahui bagaimanakah bentuk pencapaian yang perlu dicapai oleh murid, berpandukan objektif pembelajaran tadi. Contohnya, “Bagaimanakah percapaian yang boleh dikatakan mereka berjaya?”.

Contoh Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan:

  • Objektif pembelajaran:
    5.2.3 Memahami dan seterusnya menggunakan kata majmuk yang telah mantap dengan betul.
  • Kriteria Kejayaan:
    Murid dapat:
    – Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 contoh kata majmuk yang telah mantap dengan betul.
    – Mengisi sekurang-kurangnya 5 tempat kosong menggunakan kata majmuk yang telah mantap dengan betul.
    – Membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan kata majmuk yang telah dengan betul.

Apabila objektif pembelajaran dan kriteria ini dipaparkan pada setiap kali sesi pembelajaran bermula, maka perjalanan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan teratur. Alaf ke-21 bukan lagi zaman mengurung objektif pembelajaran di dalam rekod pengajaran guru sahaja, kongsikan bersama murid-murid kita!

Mulakan sekarang, muat turun label dan tampal di papan putih bilik darjah:
Muat-Turun

You may also like

16 comments

  1. Satu info yang amat berguna ke arar transformasi pengajaran alaf ke-21. Terimakasih atas perkongsian ilmu yang bermanafaat ini. Harap dapat bersama berkongsi limu yang amat berguna ini. Tahniah dan terimakasih sekali lagi.

    1. Terima kasih.. Info yg sgt membantu guru.

  2. Terima kasih dengan penjelasan..sangat bermanfaat

  3. Blh tak tlg emel contoh rph bahasA melayu sekolah menengah

    1. dapat bagi contoh rph bahasa melayu sekolah rendah

  4. Apa beza hasil pembelajaran dan kriteria kejayaan? Perlu tak tulis kriteria kejayaan dalam rph?

  5. Trm kasih daun keladi ya..

  6. Terima kasih atas perkongsian info.

  7. Terimaa kasih atas perkongssian yang bermanfaat

  8. Thank you. I really need this for my PdPc.

  9. Terima kasih banyak…saya da print out objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan…

  10. Pejelasan yg sangat terang dan bermanfaat.Boleh tak emelkan contoh rph BM sekolah rendah

  11. Tksh atas perkpngsian yang bermakna….

  12. Terima kasih di atas perkongsian…info yang baik

  13. Kan objektifmesti boleh diukur?

Leave a Reply to Amir malek Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.