Home Dunia Pendidikan Sophia.My Laman Pembelajaran Percuma

Sophia.My Laman Pembelajaran Percuma

by Cikgu Ayu dot My
laman web sophia - cikgu ayu

Sophia.My merupakan sebuah laman pembelajaran percuma yang mula dirangka pada 21 December 2020 oleh anak muda graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersama sukarelawan dan guru-guru seluruh Malaysia. Saya tertarik dengan usaha ini kerana bahan-bahan pembelajaran boleh dicapai dalam masa yang lebih singkat.

Selain daripada menggunakan Portal DELIMa, guru-guru boleh menggunakan sophia sebagai platform mencari bahan seperti video untuk dibenamkan dalam portal DELIMa.

Dilancarkan pada 2 Januari 2021

Sophia dilancarkan oleh mantan Menteri Pendidikan Dr. Maslee Malik pada 2 Januari 2021, dan dikongsikan kepada guru-guru, murid, ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia.

Pandemik menyedarkan banyak pihak tentang ruang pembelajaran tidak hanya tertumpu di sekolah. Keadaan semasa ini menuntut usaha daripada guru, murid dan juga ibu bapa agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan meskipun secara dalam talian.

Sophia merupakan satu usaha baik untuk memastikan pendidikan negara sentiasa bersedia untuk memanfaatkan teknologi terkini sebagai medium pembelajaran semasa.

Jom baca 10 perkara tentang Sophia.My

1. Apa itu Sophia?

Sophia ialah portal pembelajaran percuma kepada guru, murid, ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia.

2. Mengapa Sophia dicipta?

2020 telah telah mengajar kita bahawa proses pendidikan perlu beradaptasi dengan kemajuan teknologi. Sophia ialah satu respon dan insiatif untuk memastikan pendidikan negara sentiasa bersedia untuk memanfaatkan teknologi terkini sebagai medium pembelajaran.

3. Kepada siapakah Sophia ditujukan?

Kepada lebih 400 ribu guru, 4.9 juta murid, dan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sophia ialah untuk semua.

4. Adakah Sophia berbayar?

Tidak. Penggunaan Sophia percuma untuk semua.

5. Bagaimanakah guru boleh memanfaatkan Sophia?

Guru boleh memanfaatkan Sophia sebagai sumber bahan PdP. Sophia mengandungi lebih 13 ribu bahan yang percuma untuk digunakan.

Selain daripada dapat membimbing murid untuk berbincang tentang bahan pembelajaran yang dipilih, guru juga boleh berkongsi bahan pembelajaran yang dibangunkan untuk kegunaan semua pengguna Sophia.

6. Bagaimanakah murid boleh memanfaatkan Sophia?

Murid boleh memanfaatkan Sophia sebagai platform pembelajaran dengan menonton video-video berdasarkan subjek dan tahap yang dipilih. Murid juga boleh berkongsi dengan rakan-rakan dan berbincang tentang bahan pembelajaran tersebut.

7. Apakah Beza Sophia dengan Platform Pembelajaran yang lain?

Sophia ialah sebuat platform alternatif yang mempunyai ciri yang berbeza dengan platform lain. Misalnya, Sophia percuma dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Sophia juga berfungsi sebagai pusat sehenti bagi bahan pembelajaran yang mencapah di internet. Selain itu, Sophia mempunyai ciri untuk guru-guru membuka ruang perbincangan dengan murid-murid.

8. Apakah beza sophia dengan Google Classroom?

Sophia tidak sama dengan Google Classroom dan tidak mengganggu ciri-ciri di Google Classroom sebaliknya melengkapkan ciri sedia ada. Misalnya, guru boleh memanfaatkan bahan di Sophia untuk kegunaan di Google Classroom.

9. Siapakah yang membangunkan Sophia?

Beberapa tenaga pakar dengan kerjasama warga pendidik dari kalangan sukarelawan #UntukMalaysia. Hasrat besar di sebalik penubuhan Sophia ialah untuk meningkatkan lagi metod pembelajaran berasaskan teknologi di negara kita.

10. Lanjut mengenai Sophia.MY?

Pendaftaran boleh dilakukan sekarang di sophia.my. Pengguna juga boleh sertai Telegram Komuniti Sophia di t.me/komunitisophia.


Semoga dengan perkongsian Sophia.My Laman Pembelajaran Percuma ini sedikit sebanyak dapat memberikan info dan manfaat kepada rakan-rakan guru, ibu bapa serta murid-murid yang masih setia ke blog ini. Terima kasih atas sokongan semua.

Berkali-kali pesan pada diri, jangan sombong dengan Tuhan. Sentiasa berdoa dipelihara hidup, diberikan kesejahteraan dunia akhirat kepada diri, keluarga dan para sahabat. Semoga segala urusan kita dipermudahkan-Nya. ربّ يسّر ولا تعسّر ربّ تمّم بالخير

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.