Home Grafik Devider RPH 2021 : boleh edit dan jimat ink

Devider RPH 2021 : boleh edit dan jimat ink

by Cikgu Ayu dot My
Devider RPH 2021 Jimat Ink

Devider RPH 2021 versi boleh edit dan jimat dakwat (ink) ini selalu menjadi permintaan. Kali ini memang terlalu jimat. Versi pertama pembahagi fail RPH ini hanya menggunakan warna minimum hitam putih. Boleh cetak dan boleh perbanyakkan salinan menggunakan mesin fotostat sahaja.

Sejak menggunakan fail pada tahun 2013, saya mula buat pembahagi antara minggu. Apabila ada bahagian antara Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang diselitkan ini, memudahkan saya untuk simpan atau semak RPH yang telah dimuatkan dalam fail.

Devider RPH 2021 boleh edit

Devider RPH boleh edit ini jarang saya nak kongsikan. Saya menggunakan Microsoft Word untuk susun tarikh mingguan. Jika tidak install font yang digunakan, maka akan bertebaran lari lintang pukang susunannya.

Jadi, rakan-rakan perlu install jenis tulisan yang saya senaraikan di bawah ini, atau boleh pilih jenis tulisan yang sepadan dan diminati.

  • Chageur
  • Montserrat

Devider RPH 2021 jimat ink

Ya, kadang-kadang carian ini akan membawa ramai pengunjung ke sini. Kebiasaannya, kita tidak gemar bazirkan dakwat mesin pencetak kita untuk tujuan ini.

Bukan sahaja dakwat yang terbazir, masa untuk mencetak juga akan bertambah jika menggunakan grafik yang berat dan sarat.

Mengikut takwim persekolahan 2021 terkini

Pembahagi RPH ini disusun mengikut takwim terkini yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga artikel ini di tulis. Jika perlu kemaskini, maklumkan melalui Facebook atau Telegram Cikgu Ayu dot My. Minggu Persekolahan boleh disemak melalui tulisan : Minggu Persekolahan 2021.

Minggu Persekolahan 2021 - Jimat Ink
Minggu Persekolahan 2021 - Boleh Edit

Muat turun devider RPH 2021

Rakan-rakan guru boleh muat turun bahan melalui dua cara, iaitu melalui Google Drive dan Telegram. Saya sediakan dalam format PDF dahulu. Versi .docx akan saya kemaskini kemudian. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun sekarang:

[Kumpulan A]
[Kumpulan B]
[Kumpulan A]
[Kumpulan B]
Devider RPH 2021 Kumpulan A

Semoga dengan perkongsian Devider RPH 2021 : boleh edit dan jimat ink ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan guru, ibu bapa dam murid-murid yang masih setia ke blog ini. Terima kasih atas sokongan semua.

Berkali-kali pesan pada diri, jangan sombong dengan Tuhan. Sentiasa berdoa dipelihara hidup, diberikan kesejahteraan dunia akhirat kepada diri, keluarga dan para sahabat. Semoga segala urusan kita dipermudahkan-Nya. ربّ يسّر ولا تعسّر ربّ تمّم بالخير

Artikel Berkaitan:-

Pengunjung yang menemui artikel ini juga berminat untuk melanjutkan bacaaan ke halaman-halaman ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.