DELIMa KPM Sebagai Pelantar Pembelajaran Terkini

0
1204
Delima KPM Log In

Sektor pendidikan tidak terkecuali untuk amalan norma baharu sejak tersebarnya virus pendemik Corona Virus (COVID-19). Platform pembelajaran DELIMa KPM ini merupakan penjenamaan semula kepada MOE Digital Learning yang sedia ada.

Platform ini secara puratanya menghimpunkan 1.7 juta penggunaan aktif pada setiap bulan. Data ini menjadikan DELIMa KPM sebagai salah satu platform pembelajaran kebangsaan terbaik di peringkat antarabangsa.

Berikut merupakan data pengguna aktif yang terdapat dalam sistem sehingga kini:

  • 10,000 sekolah
  • 370,000 guru
  • 2.5 juta pelajar

DELIMa KPM : KPM Online Learning

Pelantar DELIMa KPM ini telah dilancarkan oleh Ybrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 15 Jun 2020. Pelancaran ini berlangsung menerusi webinar Malaysia Towards Digital Learning in the New Normal.

DELIMa merupakan akronim bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Pelantar ini menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan guru dan pelajar untuk menggerakkan pembelajaran dalam talian, contohnya:

  • Google Classroom
  • Microsoft 0365
  • Apple Learning Centre

Cara Log Masuk DELIMa KPM

Log masuk KPM masih lagi sama seperti tapak pembelajaran sebelumnya yang menggunakan Google Sites, namun terdapat sedikit pembaharuan dalam paparan grafiknya. Paparan tersebut boleh dilihat dalam gambar di bawah:

Boleh klik untuk log masuk:
https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

DELIMa KPM Bersama 3 Rakan Strategik Utama

Pelantar DELIMa KPM ini dibangunkan dengan kerjasama Google melalui program Google for Education, Microsoft : Microsoft Education dan Apple : Apple Education.

Pastinya dengan penglibatan ketiga-tiga pihak ini dapat melonjakkan prestasi pendidikan dalam talian dan memberikan lebih banyak manfaat kepada guru dan juga pelajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.