Home Laluan Kerjaya Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru

Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru

by Cikgu Ayu dot My
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred 41 yang kita mudahkan dengan panggilan ‘guru‘, perlu menjalankan prosedur akuan sumpah dalam urusan pengesahan jawatan sejurus mendapat surat lantikan daripada pihak Surhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Malas nak kelam kabut untuk uruskan segalanya di saat-saat akhir, saya usaikan urusan akuan sumpah ni awal-awal. Akuan sumpan ni boleh dibuat di buat di hadapan mana-mana Pesuruhjaya Sumpah, Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen atau mana-mana Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.

Saya pilih untuk buat akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Mudah, cepat, diyakini dan percuma.

Tak ada prosedur yang khusus pun, cuma bawa borang yang telah disediakan oleh pihak SPP (kena isi siap-siaplah borang ni), bawa kad pengenalan dan serahkan kedua-dua dokumen tersebut kepada Pesuruhjaya Sumpah. Pesuruhjaya Sumpah akan cop dan tandatangan pada borang kita, dan kita juga perlu tandatangan dalam buku rekod pengakuan sumpah pesuruhjaya tersebut. Ringkas.

Muat turun Borang Akuan Sumpah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.