Home Laluan Kerjaya Laporan Wakil ‘Task Force’ Isu Penempatan Mahasiswa IPG

Laporan Wakil ‘Task Force’ Isu Penempatan Mahasiswa IPG

by Cikgu Ayu dot My
LAPORAN PERTEMUAN WAKIL TASK FORCE ISU PENEMPATAN DENGAN 
SEKTOR HAL EHWAL PELAJAR & HUBUNGAN LUAR, IPGM KPM, CYBERJAYA
1) Maklumat berkenaan “Isu Pempatan Mahasiswa IPG” 
  • Pihak IPGM menasihatkan semua mahasiswa pendidik IPGM agar berada keadaan bertenang setelah kenyataan ini dikeluarkan ke media.
  • Semua telah sedia maklum bahawa mahasiswa pendidik IPGM tidak pernah diberi jaminan penempatan (rujuk surat perjanjian) namun dua kohort sudah berjaya ditempatkan secara keseluruhan. 
  • Beri ruang selama dua hingga tiga bulan kepada pihak IPGM untuk berunding dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi isu-isu berbangkit yang dilaporkan ke IPGM. 
  • IPGM menyarankan supaya mahasiswa pendidik IPG seluruh Malaysia menggunakan pendekatan yang lebih intelektual dalam mempengaruhi isu ini dengan mengelakkan persepsi dan spekulasi yang negatif dan fakta yang tidak betul kerana boleh mengganggu proses perundingan IPGM dengan KPM.
  • IPGM mencadangkan kepada mahasiswa pendidik ipgm supaya menunjukkan kecemerlangan dari segi kualiti semasa seperti praktikum, bina insan guru (BIG) dan menilai sendiri sejauh mana keberkesanan kurikulum IPG dalam membentuk jiwa guru. 
  • Jangan memberi walau sedikit ruang dan peluang kepada pihak lain untuk memburukkan dan menjatuhkan imej IPG.
  • Jangan terpengaruh dengan mana-mana unsur yang ingin mencetuskan provokasi. 
  • Majlis Mesyuarat Guru-Guru Besar juga banyak memberi berita baik tentang pelajar guru keluaran IPG di sekolah mereka. 
  • Mahasiswa IPGM sendiri harus membuktikan kepada KPM bahawa keluaran IPG adalah yang terbaik dalam bidang perguruan. 
  • Isu ini juga telah menyedarkan kita bahawa mahasiswa pendidik ipgm bukan lagi berada di zon yang selesa kerana ramai pihak yang memerhati dari luar IPG.
  • Penempatan mahasiswa pendidik IPGM adalah diuruskan oleh IPG induk dan dipohon secara kelompok. Berbeza dengan calon IPT yg perlu memohon sendiri secara individu dan kelompok kecil sahaja. Calon IPG akan ke sekolah rendah dan calon Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan ke sekolah menengah dengan mengikut keperluan. Persaingan antara institusi tidak akan berlaku. Sebarang permasalahan berkenaan isu posting boleh dirujuk ke IPGM.  U/p: bilangan sekolah rendah lebih banyak berbanding sekolah menengah.
2) Pendirian IPGM Berkenaan Isu Penempatan 
  • Pihak IPGM menyokong hasrat YBhg. Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II untuk mendapatkan guru yang berkualiti untuk kebaikan negara.
  • Namun, bukan mudah nak laksanakan dasar dalam masa yang terdekat. Mengambil masa bertahun untuk merancang pelan tindakan. Walau bagaimanapun, pihak IPGM telah memulakan langkah awal dengan melaksanakan secara berfasa apabila mengambil pelajar cemerlang spm sebanyak 30% bagi ambilan terbaru 2013. Rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). 
  • IPGM mengharapkan isu ini sebagai satu cabaran. Ambil isu “sistem terbuka” sebagai batu loncatan dan peluang untuk membaiki dan memperkembangkan kecemerlangan mahasiswa pendidik IPGM. 
 
3) Tindakan Guru Pelatih IPGM
  • Menyahut cabaran daripada Menteri Pendidikan II dengan membuktikan mahasiswa pendidik IPGM adalah yang terbaik dalam melahirkan guru yang berkualiti.
  • Memperjelaskan ciri guru ‘berkualiti’ dan mengetengahkan kualiti mahasiswa pendidik IPGM. 
  • Membuktikan kepada masyarakat bahawa ipgm sebuah institusi dimana melahirkan guru–guru yang berkualiti selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui pelbagai cara dan pendekatan yang positif.
  • Gunakan aplikasi media elektronik dan media massa untuk meyakinkan masyarakat bahawa IPG adalah institusi yang terbaik dalam melahirkan guru yang berkualiti.
  • Dapatkan testimoni daripada guru-guru besar di sekolah dan hantarkan kepada pihak IPGM supaya pihak IPGM dapat membuktikan kepada KPM bahawa keluaran IPG sememangnya berkualiti tinggi.
 
4) Mesyuarat semua YDP JPP dan Jawatankuasa Task Force 
  • (Perkara 1) 
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam akan menganjurkan sesi pertemuan, perbincangan dan soal jawab bersama Puan Hajah Latifah binti Mahamud, Pengarah SHEP IPGM.
  • Tarikh   : 22 jun 2013 
  • Jam       : 8.00 pagi 
  • Tempat : Dewan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Anda mahasiswa pendidik ipgm. Kata-kata anda ungkapan ipgm, rupa anda penampilan ipgm, perbuatan anda imej IPGM  Ingat, kita harus bertindak secara sistematik dan berstruktur. Mohon tidak bertindak sendiri. Kita anak IPGM  kita imej bakal guru Malaysia.
 
“Satu akal boleh mengalahkan beribu tentera.” 
 
Disediakan oleh, 
Mohamad Faiz bin Damanhuri, 
14 jun 2013 

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.