Pendaftaran Master Pendidikan di UPM

Pendaftaran Master Pendidikan di UPM

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji dan syukur saya hadapkan ke hadrat Ilahi kerana menempatkan saya di jalan untuk mencapai cita-cita yang saya impikan sejak kecil. Bukan sekadar cita-cita saja, namun juga harapan keluarga. Moga-moga segala urusan ini, Tuhan permudahkan hingga ke akhirnya.

Ingin saya kongsikan pengalaman mendaftar Master Pendidikan di Universiti Putra Malaysia sebagai rujukan dan gambaran kasar bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. Setelah membuat pendaftaran di Portal Sekolah Pengajian Siswazah, surat panggilan temuduga akan diedarkan kepada calon yang terpilih setelah tamat tarikh memohon. Temuduga ini akan menemukan kita dengan penyelaras program yang dipohon.

Setelah lulus temuduga, surat yang menyatakan kita layak menyambung pengajian akan diterima melalui portal dan juga emel. Maka, setelah tutup permohonan, selalulah jenguk portal untuk mengetahui status permohonan kita. Tempoh pendaftaran akan dibuka kurang lebih 2 minggu dan kita hendaklah mendaftar dalam tempoh tersebut. Muat turun segala borang yang diperlukan semasa pendaftaran.

Calon pelajar hanya dibenarkan mendaftar lewat sehingga minggu kedua selepas semester bermula bagi program tanpa tesis dan sehingga minggu ketujuh selepas semester bermula bagi program dengan tesis tertakluk kepada kelulusan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah.

Segala urusan pendaftaran pelajar baharu dalam tempoh minggu pendaftaran boleh disempurnakan di Kompleks Akademik A. Selepas tempoh tersebut, semua urusan pendaftaran hendaklah disempurnakan di pejabat urusan masing-masing sebagaimana yang berikut:

Item Pendaftaran Master Pendidikan
Pastikan kita telah menjalankan pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) atau mana-mana hospital/klinik kerajaan/swasta sebelum mendaftar dan lengkapkan borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang disertakan (RME/IPT Local). Hanya calon pelajar yang disahkan tidak menghidapi masalah kesihatan sahaja akan dibenarkan mendaftar.

Pembayaran yuran asas (RM1200 untuk program tanpa Thesis) hendaklah dijelaskan sebelum pendaftaran. Pembayaran melalui kad kredit sahaja akan diterima di kaunter pendaftaran calon ingin membuatbayaran secara tunai, sila berbuat sedemikian di mana-mana cawangan CIMB Bank dan majukan bukti pembayaran semasa pendaftaran.

Semua maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan  adalah dianggap benar. Sekiranya didapati palsu untuk mendapatkan tawaran kemasukan ke UPM, universiti berhak untuk menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa termasuk semasa proses pendaftaran. Oleh itu, pastikan bakal pelajar membawa semua salinan asal dokumen yang diperlukan (akademik dan kesihatan) semasa proses pendaftaran.

Kredit Gambar: Miezaa

Jangan lupa kongsi bersama rakan:
Share on FacebookShare on Google+Email this to someoneTweet about this on TwitterPin on Pinterest


8 thoughts on “Pendaftaran Master Pendidikan di UPM”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *