Home Laluan Kerjaya Program Transformasi Minda (PTM) Online 2017

Program Transformasi Minda (PTM) Online 2017

by Cikgu Ayu dot My

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM). Disebabkan beberapa kekangan yang timbul, ramai guru yang telah ditempatkan di sekolah tidak disenaraikan penyertaannya dalam program ini, sekali gus menyebabkan proses pengesahan jawatan turut tergendala.

Bermula 15 Jun 2017 sehingga 30 Jun 2018, kesemua guru lantikan 2014 sehingga 2016 yang masih belum menghadiri PTM perlu  melalui jalan alternatif menerusi e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA). Guru-guru yang dinyatakan ini dikecualikan daripada menghadiri PTM, namun perlu menyertai kursus-kursus yang disenaraikan melalui laman EPSA secara online.

Guru-guru perlu mendaftar di laman http://www.epsa.gov.my/. Surat pengesahan majikan perlu turut dimuat naik semasa proses mendaftar. Setelah selesai mengikuti kursus-kursus yang telah disenaraikan secara atas talian ini, guru perlu mendapatkan perakuan daripada guru besar menggunakan senarai semak yang disediakan.

Seterusnya, senarai semak yang telah mendapat perakuan guru besar ini akan dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Bahagian Pendidikan Guru, seterusnya disahkan oleh pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pelaksanaan PTM Melalui EPSA:
Dr Razianna binti Abdul Rahman / Encik Azalan bin Afendi
Tel : 03 88841261 / 03 88841242
Emel : [email protected]/[email protected]

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai isu teknikal SPLKPM:
Encik Mohd Zaidi bin Mohd Mustapa
Tel : 03-88841311 / emel: [email protected]

 

Muat Turun Garis Panduan PTM

Muat Turun Manual Peserta

Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan anda semua!

Related Posts

9 comments

Dina Hanani June 8, 2017 - 1:31 PM

Assalamualaikum cikgu Ayu. Tempoh EPSA rasanya sehingga 30 Jun 2018, bukannya tahun 2017.

Reply
Cikgu Ayu dot My June 10, 2017 - 4:39 PM

Waalaikumussalam. Betul, CIkgu Dina!
Terima kasih atas teguran ralat, saya telah kemaskini. 😀

Reply
juliati johari June 14, 2017 - 10:54 AM

cikgu ayu.nak tnya..slps kite daftar dan upload surat majikan..kne tgu diorg reply dlu dkt email kite ke utk tau password?

Reply
Cikgu Ayu dot My June 16, 2017 - 8:36 PM

Betul, tunggu emel dan pengesahan untuk langkah seterusnya. 🙂

Reply
Satgunawathy June 14, 2017 - 8:24 PM

Salam. Nak tanya. Cikgu yg perlu jalankan ptm secara online ini akan dipilih oleh kementerian atau semua cikgu yg posting 2014-2016 boleh daftat buat ye..sebab ada cikgu yg dpt sms untuk suruh buat and ada juga yg tak diterima…

Reply
Cikgu Ayu dot My June 16, 2017 - 8:37 PM

Kesemua guru lantikan 2014 hingga 2016 boleh gunakan kesempatan ini. Pastikan jangan tercicir ya. 😀

Reply
Homestay Bajet Kuala Terengganu 0196134303 July 4, 2017 - 9:07 AM

Terima kasih Cg Ayu.. singgah sini jap.. baca panduan PTM online ni..hehehe

Reply
Aj July 15, 2017 - 9:54 AM

Salam. Nak tanya.. untuk lantikan 2017 kena daftar jgk ke x ye?

Reply
Mages December 11, 2017 - 12:18 PM

Selamat pagi ye…nak tanya ye..guru-guru lantikan 2017 blh daftar n buat ptm take? Terima kasih

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.