Home Mohon dan Semak Online Pendaftaran Kursus dalam Perkhidmatan | KPM

Pendaftaran Kursus dalam Perkhidmatan | KPM

by Cikgu Ayu dot My
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sedang membangunkan aplikasi permohonan atau pendaftaran kursus dalam perkhidmatan  secara online dengan melayari alamat sesawang http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline. Kursus dalam perkhidmatan ini akan membolehkan pegawai perkhidmatan pedidikan membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan
Berikut merupakan tatacara permohonan:
  1. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 sehingga 28 Februari 2014.
  2. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
  3. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
  4. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
  5. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang:
http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/

 

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.