Info GuruMuat TurunPengurusan Guru

Modul DeGuru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

0

Modul DêGuru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dihasilkan melalui usahasama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Projek semakan dan pembangunan semula Modul PKJR ini telah diselaras dan dikoordinasi oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya dengan slogan ‘Waspada Budaya Kita’.


Modul Pendedahan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya atau Modul DéGuru PKJR, dirancang oleh JKJR dan MIROS bertujuan untuk memberikan panduan yang lebih jelas kepada para guru agar dapat mengaplikasi penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu (BM) secara optimum.

Objektif Modul DêGuru PKJR

Objektif modul ini adalah seperti yang berikut:

  1. Meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan membudayakan keselamatan jalan raya dalam kalangan guru;
  2. Mengaplikasikan ilmu keselamatan jalan raya berdasarkan modul PKJR dalam PdPc Bahasa Melayu secara optimum;
  3. Melahirkan guru yang mahir menyerapkan ilmu keselamatan jalan raya dalam PdPc BM.

Penyerapan PKJR dalam Subjek Bahasa Melayu

Bermula tahun hadapan (2019), PKJR akan diterapkan dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu melalui proses penyerapan. Masa penyerapan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya adalah minimum 30 minit dalam tempoh seminggu. Buku aktiviti murid akan disediakan bersama-sama buku panduan guru dan bahan bantu belajar; akan dikendalikan oleh guru SPBT.


Dokumen-Dokumen Berkaitan Pelaksanaan PKJR

Bahan yang dilampirkan semasa bengkel atau kursus juga perlu dimuatkan dalam Fail Pengurusan Panitia. Sekiranya memilih untuk tidak mencetak, pastikan bahan disimpan dalam bentuk CD dan mudah diakses apabila diperlukan. Beberapa dokumen penting tentang pelaksanaan PKJR juga perlu dimuatkan dalam Fail Pengurusan Panitia Bahasa Melayu untuk memudahkan rujukan:

  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2009 – Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah.
  • Surat Siaran KPMSP 600-5/2/31 Jld. 2(94) – Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Muat Turun Modul DêGuru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Muat Turun DêGuru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

Cikgu Ayu dot My
Blog Cikgu Ayu dot My merupakan laman perkongsian ilmu dalam bidang perguruan. Para pengunjung blog ini dialu-alukan untuk menyumbang idea dan bahan untuk sama-sama dimanfaatkan bersama pendidik yang lain. - [email protected]

Logo Program Sekolah Amanah

Previous article

Sudut Pidato (Speaker’s Corner) di Sekolah

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in Info Guru