Konvokesyen Guru PISMP Keluaran IPG Tahun 2014

by Cikgu Ayu dot My
Semua penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan Januari 2010 seluruh Malaysia yang menamatkan pengajian pada November yang lalu akan berhimpun untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) kali keempat pada 08 hingga 14 Jun 2014 di IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Dua Ratus Ringgit (RM250.00). Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Satu Ratus lima Belas Ringgit (RM165.00). Pembayaran perlu dibuat terus kepada IPG KAMPUS masing-masing melalui Kiriman Wang (Money Order).

Sama-sama nantikan makluman rasmi daripada Jawatankuasa induk Majlis Konvokesyen melalui laman sesawang LMSPIDA. Tahniah buat semua graduan.

** Tertakluk kepada pindaan.

 

Related Posts

5 comments

محمد حذوان بن حميدان March 3, 2014 - 7:34 PM

PISMP tu, P yg akhir mrujuk kpf Perguruan.. bukan Pendidikan..

Reply
محمد حذوان بن حميدان March 3, 2014 - 7:34 PM

PISMP tu, P yg akhir mrujuk kpf Perguruan.. bukan Pendidikan..

Reply
ahsfantasy24 March 6, 2014 - 3:57 AM

Telah dibetulkan. Terima kasih محمد حذوان بن حميدان atas keperihatinan (:

Reply
Gabriel Chendan March 18, 2014 - 9:04 AM

Pertanyaan:
Tarikh yang dipamerkan diatas adakah (Confirmed), oleh kerana kita datang
daripada sarawak nak tahu tarikh yang tepat, supaya mudah untuk kami berurusan dengan penerebangan atau untuk membeli tiket.

Sekian Terima Kasih.

Reply
MOHD SARBANI BIN AWANG LAH May 27, 2014 - 9:08 AM

SAYA AKAN HADIR MAJLIS KONVO TERSEBUT

Reply

Leave a Reply to Gabriel Chendan Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.