Home Dunia Pendidikan Garis Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

Garis Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

by Cikgu Ayu dot My
garis panduan aktiviti sukan dan kokurikulum

Garis Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini melibatkan ativiti secara bersemuka termasuk latihan amali Pendidikan Jasmani di luar bilik darjah. Aktiviti sukan yang melibatkan sentuhan juga telah dibenarkan.

SOP Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

Murid-murid dibenarkan menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani di luar kelas. Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah:

  • Mendapatkan kelulusan daripada ibu bapa murid yang terlibat.
  • Memastikan jarak fizikal 1 hingga 3 meter bagi aktiviti statik dan 3 hingga 5 meter bagi aktiviti dinamik.
  • Alatan yang digunakan perlulah dibersihkan dan disanitasi.

Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada pentadbir serta guru di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.

Peranan dan Tanggungjawab Pentadbir

  1. Memaklumkan kepada guru/jurulatih bahawa aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan adalah dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan;
  2. mengadakan sesi taklimat prosedur pelaksanaan aktiviti kepada guru/jurulatih serta warga sekolah;
  3. memberikan penerangan dan kefahaman berterusan kepada murid dan guru/jurulatih mengenai kepentingan amalan penjarakan fizikal, kebersihan serta keselamatan diri bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19;
  4. menyebarluaskan prosedur dan panduan pelaksanaan aktiviti supaya mudah dirujuk oleh guru serta murid;
  5. memaklumkan jadual terkini aktiviti kepada ibu bapa/penjaga;
  6. memastikan murid yang bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti;
  7. memastikan murid mempunyai imuniti badan yang rendah mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sebelum menyertai aktiviti;
  8. memastikan aktiviti yang dijalankan oleh guru mematuhi prosedur yang telah ditetapkan;
  9. memastikan penganjuran pertandingan/kejohanan dilaksanakan berdasarkan SOP yang sedang berkuatkuasa dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan; dan
  10. memberi penekanan kepada aspek kebersihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.

Peranan dan Tanggungjawab Guru Penasihat

  1. Merancang aktiviti mengikut kesesuaian tempat/ruang dalam kawasan sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal;
  2. melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan kemudahan peralatan dan mengikut ketetapan sekolah;
  3. melaksanakan aktiviti secara bersemuka atau secara dalam talian; dan
  4. memastikan pelaksanaan aktiviti mematuhi garis panduan sedia ada.

Pelaksanaan Aktiviti Melibatkan Agensi Luar

  1. mendapatkan kebenaran KPM untuk melaksanakan aktiviti di sekolah;
  2. mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh KPM;
  3. memastikan jurulatih/pengajar bukan guru/peserta dari luar merekod kehadiran dan mengimbas suhu badan di pintu masuk utama sekolah serta memakai pelitup separuh muka (face mask) sebelum dan selepas aktiviti. Pemakaian pelitup separuh muka (face mask) semasa aktiviti tidak digalakkan;
  4. mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga sekiranya aktiviti/latihan yang melibatkan murid dilaksanakan di luar sekolah;
  5. memastikan murid dan guru/jurulatih/pengajar bukan guru serta peserta dari luar mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer) selepas tamat aktiviti;
  6. memastikan peralatan yang digunakan secara berkongsi dibersihkan, disanitasi dan disimpan dengan baik; dan
  7. memastikan murid dan guru/jurulatih/pengajar bukan guru serta peserta dari luar meninggalkan kawasan sekolah dengan segera selepas tamat aktiviti.

Muat Turun Garis Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum

Muat turun bermula pada 1 September 2020 melalui pautan ini Garis Panduan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.