Gambar Potret Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI dan Raja Permaisuri Agong

0
52
Gambar Yang Di-Pertuan Agong XVI dan Raja Permaisuri Agong

Hari ini saya kongsikan Gambar Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI dan Raja Permaisuri Agong untuk memudahkan carian rakan-rakan guru. Potret KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ini telahpun diedarkan bermula 16 Ogos 2019 yang lalu.

Rakyat digalakkan untuk mempamer potret KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di semua premis kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Xvi
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Terengganu)., D.K.(Johor)., S.P.M.J., D.K.M.B.(Brunei)., D.K.(Kedah)., D.K.(Perlis)., D.K.(Perak).

Potret Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Johor)., S.P.M.J., D.K.(Brunei).

Cara Dapatkan Potret Secara Percuma

Orang ramai boleh mendapatkan potret KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong secara percuma pada waktu pejabat di lokasi berikut:

  • Pusat Sumber dan Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia, Aras 9, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Lot 4G9, Persiaran Perdana, 62100 Putrajaya.
  • Semua Jabatan Penerangan Negeri dan Daerah.
  • Semua Pusat Maklumat Rakyat.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Gambar Potret Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI dan Raja Permaisuri Agong, sila hubungi 03-89117412 atau layari www.penerangan.gov.my.

Sumber: Istana Negara dan Sumber Penerangan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.