Lembaran Kerja Bahasa Melayu Tahun 1, 2 dan 3

2
156
Bahasa-melayu-tahun-1-2-3-4-cikgu-ayu

Lembaran Kerja Bahasa Melayu Tahun 1, 2 dan 3 saya kongsikan kali ini lebih kepada rumusan aktiviti pengayaan yang saya laksanakan di dalam kelas pada minggu lalu. Rakan-rakan guru boleh juga gunakan bahan ini mengikut kesesuaian isi pelajaran yang ingin disampaikan.

Tidak hanya terhad untuk pembelajaran bahasa Melayu, namun guru-guru boleh gunakan untuk subjek-subjek lain seperti bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan lain-lain. Muat turun, perbanyakkan salinan dan edarkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru.

Catatkan isi pelajaran dalam borang lipatan haiwan seperti di atas. Guru boleh memanfaatkan untuk topik yang pelbagai, cuma kali ini saya gunakan semasa membuat rumusan tajuk kata seru, kata perintah dan kata tanya untuk murid-murid tahun 3.

latihan tatabahasa tahun 1 2 3 4 cikgu ayu

Murid yang telah siap melengkapkan borang ini boleh teruskan dengan mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Setelah siap, boleh gunting dan tampal ke dalam buku tulis dengan kemas. Tampalkan di bahagian kepala sahaja. Untuk sesi ini, saya lanjutkan aktiviti dengan membina ayat ringkas dalam konteks yang betul.

Perbezaan murid boleh diraikan dengan penggunaan bahan bantu belajar yang pelbagai. Melalui bahan ini, murid tidak hanya dibimbing untuk fokus kepada perkembangan kognitif semata-mata. Murid boleh menjalankan aktiviti mewarna, gunting dan tampal bahan ini ke dalam buku latihan.

Muat Turun Lembaran Kerja

Boleh muat turun Lembaran Kerja Gunting Bentuk Haiwan Tahap 1 melalui pautan yang berikut:

Kesimpulannya, kepelbagaian kaedah dan bahan pembelajaran dapat merancakkan perkembangan kognitif murid, meransang perkembangan psikomotor untuk memberikan kesan psikologi yang lebih baik kepada murid-murid.

Semoga usaha baik warga pendidik dapat memberikan saham akhirat yang berterusan.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.