Home Dunia Pendidikan Gaji Penjawat Awam 2022 | Kakitangan Kerajaan

Gaji Penjawat Awam 2022 | Kakitangan Kerajaan

by Cikgu Ayu dot My
Bayaran Gaji Penjawat Awam kakitangan Kerajaan

Hujung minggu, jenguk seketika ke sini. Saya kongsikan maklumat jadual tarikh gaji penjawat awam 2022 untuk rujukan rakan-rakan penjawat awam atau kakitangan kerajaan. Jadual ini boleh diguna pakai kepada semua kementerian atau jabatan persekutuan seluruh negara.

Kalendar gaji ini yang disusun dan dikongsikan menggunakan sumber dan maklumat terkini daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Perlu juga kita ambil tahu untuk merancang perbelanjaan dan kewangan bagi setiap bulan, bukan? Tarikh-tarikh ini dikeluarkan awal pada setiap tahun supaya para pekerja sektor awam dapat menguruskan perbelanjaan peribadi atau isi rumah dengan lebih teratur dan berhemah.

Jadual Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2022

Saya kongsikan jadual maklumat pembayaran gaji 2022 secara bulanan kakitangan kerajaan sektor perkhidmatan awam meliputi tarikh dan hari penerimaan gaji. Berikut merupakan makluman ringkas mengenai pembayaran emolumen:

  1. Gaji kakitangan awam kerajaan 2022 (Government Servants) sektor awam akan dibayar sebulan sekali oleh Jabatan ANM.
  2. Tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam ini masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan ANM. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada jadual atau tarikh pembayaran gaji penjawat awam kerajaan, pihak jabatan akan mengemaskini makluman dalam kadar segera.

Baca juga: Bersara Pilihan Bagi Penjawat Awam

Senarai Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

Penerimaan bayaran ini boleh disemak melalui akaun bank yang didaftarkan, manakala penyata gaji secara online sama ada bulanan atau tahunan boleh dibuat melalui laman https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/.

1. Januari

  • Tarikh Gaji : 25.01.2022
  • Hari : Selasa

2. Februari

  • Tarikh Gaji : 25.02.2022
  • Hari : Jumaat
  • Tahun Baru Cina 1 & 2 Februari

3. Mac

  • Tarikh Gaji : 25.03.2022
  • Hari : Jumaat

4. April

  • Tarikh Gaji : 25.04.2022
  • Hari : Isnin

5. Mei

  • Tarikh Gaji : 25.05.2022
  • Hari : Rabu
  • Hari Raya Puasa 3 & 4 Mei
  • Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei

6. Jun

  • Tarikh Gaji : 24.06.2022
  • Hari : Jumaat
  • Hari Gawai 1 & 2 Jun

7. Julai

  • Tarikh Gaji : 25.07.2022
  • Hari : Isnin
  • Hari Raya Haji 10 & 11 Julai

8. Ogos

  • Tarikh Gaji : 25.08.2022
  • Hari : Khamis

9. September

  • Tarikh Gaji : 23.09.2022
  • Hari : Jumaat

10. Oktober

  • Tarikh Gaji : 18.10.2022
  • Hari : Selasa
  • Hari Deepavali 24 Oktober

11. November

  • Tarikh Gaji : 25.11.2022
  • Hari : Jumaat

12. Disember

  • Tarikh Gaji : 19.12.2022
  • Hari : Isnin
  • Hari Krismas 25 Disember

Rakan-rakan boleh menghubungi Jabatan ANM melalui emel sekiranya terdapat Masalah atau Aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji.

Gunakan e-mel rasmi [email protected] dengan menyatakan Nama PenuhNo.KPNo.GajiNo.Kod Pejabat PerakaunanNo.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar untuk memudahkan urusan semakan.

Pelihara Rezeki

Sama-sama kita jaga keberkatan rezeki yang dianugerahkan dengan menjaga amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Doa-doa agar Allah sentiasa memberikan kecukupan dalam setiap pemberian.

Sumber:
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2021
TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2022 [Pautan]

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian maklumat Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022 ini dapat memberikan input berguna kepada rakan-rakan untuk menyusun dan merancang perbelanjaan bulanan. Semoga rezeki ini dapat memberikan keberkatan dan kesejahteraan hidup yang berpanjangan.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.