Bunting Selamat Datang untuk Bilik Darjah

10
3434

Isi masa terluang dengan apa yang kita suka, memang gembira. Rata-rata sekolah telah mula menampal bunting ucapan Selamat Datang kepada murid di pintu kelas masing-masing. Jadi, teringin pula untuk lihat hasil tangan sendiri tertampal di pintu kelas yang saya sememangnya akan masuk saban hari. Maka lahirlah 5 grafik ini.

Penggunaan bunting yang mengalu-alukan kehadiran murid ini sememangnya menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan suasana dan nilai-nilai positif di sekolah, selaras dengan Konsep Sekolah Penyayang yang telah dilancarkan beberapa tahun yang lalu. Melalui aspek emosi pula, murid-murid akan rasa lebih disayangi dan dihargai.

Doakan semoga jiwa-jiwa pendidik reda dan tenang dalam menyebar ilmu, serta moga-moga anak didik pula lembut dan lapang hatinya untuk menyambut ilmu yang disampaikan. Amin.

10 COMMENTS

  1. assalamualaikum…..terima kasih dengan bahan yang dikongsikan. Semoga Allah dapat membalasnya. Saya mohon izin untuk mengambil bahan2 yang lain daripada web cikgu ayu. Harga untuk poster ini berapa?

Leave a Reply to raudah Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.