≡ Menu

Bunting Selamat Datang untuk Bilik Darjah

Isi masa terluang dengan apa yang kita suka, memang gembira. Rata-rata sekolah telah mula menampal bunting ucapan Selamat Datang kepada murid di pintu kelas masing-masing. Jadi, teringin pula untuk lihat hasil tangan sendiri tertampal di pintu kelas yang saya sememangnya akan masuk saban hari. Maka lahirlah 5 grafik ini.

Penggunaan bunting yang mengalu-alukan kehadiran murid ini sememangnya menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan suasana dan nilai-nilai positif di sekolah, selaras dengan Konsep Sekolah Penyayang yang telah dilancarkan beberapa tahun yang lalu. Melalui aspek emosi pula, murid-murid akan rasa lebih disayangi dan dihargai.

Doakan semoga jiwa-jiwa pendidik reda dan tenang dalam menyebar ilmu, serta moga-moga anak didik pula lembut dan lapang hatinya untuk menyambut ilmu yang disampaikan. Amin.

{ 7 comments… add one }
  • Rizduan December 8, 2015, 3:47 PM

    Tahniah dan terima kasih bnyk² ats perkongsian cikgu ayu…grafik yg mnarik.

  • Haris January 3, 2016, 6:58 PM

    Bunting selamat datang nie tak boleh download ker…? 🙁

  • Cikgu Ayu dot My Cikgu Ayu dot My January 3, 2016, 7:28 PM

    Maaf,
    Bunting ini ialah ‘Premium Graphic’.
    Boleh dipesan melalui: http://www.cikguayu.my/premiumgraphic/ 🙂

    • raudah March 17, 2017, 7:55 PM

      brapa rm harga bunting

  • ROZANA BT.IBRAHIM January 29, 2016, 6:45 PM

    brapa harga nya

  • Hanis February 4, 2016, 4:35 PM

    barakallah cikgu ayu kongsi ilmu…

  • Siti January 20, 2017, 12:15 PM

    Barakillah Cikgu Ayu, terima kasih banyak

Leave a Comment