Home Grafik Buletin Sekolah | Sekolah Kebangsaan Desa Pandan

Buletin Sekolah | Sekolah Kebangsaan Desa Pandan

by Cikgu Ayu dot My

Salah satu cabang usaha untuk meningkatkan kualiti kecemerlangan murid-murid ialah melalui pembinaan jambatan perhubungan yang erat antara pihak sekolah dan komuniti luar, sama ada ibu bapa, agensi-agensi luar, dan juga masyarakat setempat. Sekolah SKDP telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan buletin yang mengandungi input-input dan laporan aktiviti atau program yang terkini.

Jawatankuasa khas telah dibentuk di bawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid bagi memastikan buletin ini dapat diproses dengan lancar. Buletin ini diedarkan dalam bentuk naskah bercetak yang diagihkan kepada ibu bapa melalui murid-murid dan juga naskah digital yang diagihkan melalui laman Frog VLE.

 

Related Posts

1 comment

huda June 10, 2014 - 10:07 AM

salam, saya huda nak tanya tentang buletin sekolah yang cikgu buat.
sekolah saya baru nak buat buletin. cikgu buat dalam bentuk apa ye? nak print dalam bentuk majalah tu cikgu anta print kedai ke?

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.