≡ Menu

Nilai Murni Bahasa Malaysia Sekolah Rendah

Pada bahagian C kertas ujian penulisan, murid akan diuji dengan kemahiran mencatat ulasan dan bahagian ini akan menyumbangkan 20 markah. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh murid ialah baca dan fahami soalan serta kenal pasti kata kunci soalan supaya ulasan tidak terpesong sama ada nilai murni, pengajaran, faedah atau sebagainya. Saya telah mengambil langkah untuk menampal senarai nilai murni ini pada papan sudut mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk memudahkan murid-murid merujuk senarai ini apabila perlu.

Para pegunjung boleh memuat turun nota pecahan
17 nilai murni dalam bahasa Melayu melalui pautan dibawah:

Muat-Turun

LATIHAN  1

Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.

Kehidupan Mila sekeluarga amat susah. Bapanya telah meninggal dunia setahun yang lalu. Ibunya mengambil alih menyara keluarga. Mila membantu ibunya menjaja kuih setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Walaupun Mila sibuk membantu ibunya, namun dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai pelajar. Mila rajin mengulangkaji pelajaran. Mila juga suka membantu rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran.

Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Mila tidak dapat hadir ke sekolah. Dia terpaksa menjaga ibunya yang sakit dan menguruskan adik-adiknya yang masih kecil. Setelah beberapa hari tidak ke sekolah, cikgu Rahimah pergi ke rumah Mila. Beliau berasa terharu akan nasib yang menimpa Mila sekeluarga. Cikgu Rahimah berjanji akan membantu Mila. Kesusahan hidup Mila diceritakan kepada guru besar. Pihak sekolah mengadakan kutipan derma bagi meringankan beban Mila dan keluarganya. Mila dan keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membantu mereka.

{ 1 comment… add one }
  • Nurul Nadira May 2, 2014, 11:56 AM

    karangan yang hebat

Leave a Comment