Home Bahasa Jiwa Bangsa 1.00 Petang atau 1.00 Tengah Hari?

1.00 Petang atau 1.00 Tengah Hari?

by Cikgu Ayu dot My
pecahan waktu masa tengah hari petang

Ramai yang keliru, 1.00 petang atau 1.00 tengah hari. Ramai juga keliru, ejaan yang betul ialah tengah hari atau tengahari. Alhamdulillah tamat hari pertama PdPR, ada sedikit masa terluang. Jom kita berborak sedikit tentang kedua-dua persoalan ini!

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Berbalik kepada tulisan hari ini.. Sebenarnya, banyak kekeliruan yang timbul mengenai penggunaan istilah waktu yang tepat. Kebanyakannya, timbul kekeliruan untuk bezakan pecahan waktu tengah hari dan petang.

Sebelum itu, jemput baca juga tulisan mengenai:

1.00 Petang atau 1.00 Tengah Hari?

Jom, tempoh masa dan waktu yang betul untuk penggunaan istilah yang tepat. Penggunaan waktu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam boleh rujuk panduan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pecahan waktu adalah merujuk kepada jadual di bawah:

Pagi01:00 – 11:59
Tengah Hari12:00 – 13:59
Petang14:00 – 18:59
Malam19:00 – 23:59
Tengah Malam00:00 – 00:59
Penetapan Masa Mengikut Sistem 24 Jam

Sekarang dah tak ragu-ragu, kan? Dah tak keliru waktu petang bermula jam berapa? Jadi, apabila kita dah tahu jawapan yang betul, kita betulkanlah yang biasa. Jika info ini bermanfaat, boleh kongsikan pautan tulisan ini kepada rakan-rakan atau murid-murid yang lain juga!

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian tulisan 1.00 Petang atau 1.00 Tengah Hari? ini dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan buat semua yang membacanya. Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberikan manfaat kepada yang lain.

Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My juga ya! 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.