Home Dunia Pendidikan Telegram Video Call: Cara buat panggilan video secara berkumpulan

Telegram Video Call: Cara buat panggilan video secara berkumpulan

by Cikgu Ayu dot My

Telegram video call’ dapat membantu guru-guru membuat panggilan video secara berkumpulan. Telegram merupakan pesaing terdekat aplikasi WhatsApp yang merupakan pilihan utama pengguna. Namun, antara banyak-banyak fungsi yang ditawarkan, fungsi panggilan video merupakan satu kekurangan yang nyata.

Lima tahun selepas pelancaran panggilan suara, Telegram telahpun menambahkan keupayaan dan fungsi panggilan video. Fungsi ini membolehkan pengguna membuat panggilan video menerusi pelbagai peranti, termasuklah tablet dan komputer peribadi.

Artikel terdahulu: Belajar guna Telegram sewaktu PKP

Fungsi ini telahpun dilancarkan sejak Julai 2020 dalam versi percubaan. Alhamdulillah, Julai kini kita telah dapat merasai dan mencuba fungsi terbaru tersebut. Jom kita ketahui lanjut dahulu tentang fungsi ini!

Penyertaan Maksimum Telegram Video Call

Seperti aplikasi yang lain, penyertaan panggilan video pasti ada limitasi dan hadnya. Setakat ini, panggilan video menggunakan Telegram adalah terhad kepada 30 orang sahaja. Berikut merupakan beberapa tambahan maklumat:

  • Pengguna dapat berkongsi rakaman melalui kamera.
  • Dapat berkongsi skrin untuk tujuan pembentangan dan sebagainya.
  • Boleh diakses menggunakan telefon pintar, tablet dan komputer.
  • Muat turun Telegram untuk komputer di sini: https://desktop.telegram.org/

Cara buat panggilan menggunakan Telegram Video Call

Panggilan video ini boleh dianjurkan dalam kumpulan telegram yang mempunyai lebih daripada 30 ahli. Namun, penyertaan dalam panggilan video ada terhad kepada 30 orang ahli yang terpantas menyertainya.

cara guna telegram video call
Buka paparan Group atau Channel dan klik pada bahagian nama.
panggilan video guna telegram
Klik menu di penjuru kanan bahagian atas.

voice chat telegram
Mulakan Voice Chat terlebih dahulu.
Voice Chat guna Telegram
Klik Start Voice Chat,
Telegram Video Call Mute
Unmute untuk berinteraksi dengan murid.
on camera telegram video call
Aktifkan butang camera untuk paparan video.
present dalam telegram video call
Lebih banyak fungsi-fungsi lain boleh dilihat di sini.
invite video call telegram
Share invite link kepada murid yang tidak berada dalam group atau channel.
share screen dalam telegram video call
Share screen untuk berkongsi paparan dalam telefon atau komputer.
bising telegram video call
Kurangkan bunyi bising menggunakan noise suppression.
end video call telegram
Tamatkan panggilan menggunakan simbol ganggang telefon ini.
end voice chat telegram
End voice chat supaya semua murid terkeluar daripada panggilan ini.

Manfaat Telegram Video Call

Ini merupakan alternatif terbaru yang mungkin dapat membantu guru-guru bersua muka dengan murid secara dalam talian. Selain itu juga, pengguna dapat menggunakan Telegram untuk tujuan taklimat ringkas, mesyuarat dan sebagainya.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian artikelĂ‚ Telegram Video Call: Cara buat panggilan video secara berkumpulanĂ‚ ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan guru. Terus bersemangat untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My juga ya! 

Related Posts

1 comment

NOR SADANI BINTI HAMZAH July 5, 2021 - 12:16 PM

Hanya Allah yg dapat membalas kerja buat Ayu dan sanggup berkongsi tanpa ambil manfaat

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.