Sudah Sertai Banyak Kursus Tapi Mata Kredit SPLKPM Tak Berubah

0
1040
cara daftar kursus kplspm

Tadi ada rakan guru yang bertanya tentang Mata Kredit SPLKPM Tak Berubah Walaupun Sudah Sertai Banyak Kursus. SPL KPM merujuk kepada Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saya catat di sini untuk rujukan saya dan rakan-rakan. Jika ada maklumat tambahan atau maklumat yang kurang tepat, mohon untuk sama-sama perbetul. 🙂

Rekod Bidang Latihan Dalam SPLKPM

Belajar dan sertai program keilmuan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan peluang yang baik buat kita. Dalam masa yang sama, boleh jenguk rekod SPLKPM.

Kita boleh susun latihan untuk diri sendiri dengan berpandukan pecahan yang dinyatakan dalam SPLKPM. Atur aktiviti dengan seimbang. Apabila rekod sudah cantik, bolehlah bersuka ria ikut serta apa yang kita mahu. 😀

Telah Mencapai Had Mata Kredit Maksimum SPLKPM

Kita perlu arif tentang had mata kredit bagi kategori latihan berikut. Sekiranya kredit latihan bagi satu-satu kategori telah mencukupi, kredit yang seterusnya bagi kategori tersebut tidak akan dikira. Jadi, kita perlu susun sesi latihan dengan berpandukan jadual di bawah.

Aktiviti Latihan GuruKredit
Maksimum
Kursus/ Bengkel/ Seminar/ Kolokium/ Konvensyen/ Simposium/ Forum/ Konferens/ Klinik Kaunseling15
Wacana Ilmu/ Taklimat/ Bicara Profesional/ Perkongsian Ilmu/ Sesi Dialog/ Ceramah/ Lain-Lain15
Bimbingan dan Pementoran (Coaching Mentoring)10
Peningkatan Akademik20
Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community – PLC)20
e-Pembelajaran/ Portal eGuru15
Penyelidikan20
Penulisan & Pengkaryaan Kreatif20
Lawatan Penanda Aras (Benchmarking)10
Pembacaan Buku20
Program Sangkutan di luar dan dalam KPM10
Surnbangan Lain Berbentuk Profeslonal dan Bukan Profesional10
Inovasi20
Jumlah205

Data Latihan Dijana Setiap Hujung Bulan

Latihan yang kita key in belum capai had minimum, mengapa mata kredit SPLKPM masih tidak berubah? Ini mungkin disebabkan oleh sistem janaan data. Pihak jabatan akan jana data bahari pada setiap hujung bulan, contohnya.

Sekiranya masih keliru, cikgu-cikgu boleh hubungi Setiausaha LDP untuk info lanjut. Pengurusan sistem latihan bagi setiap negeri mungkin berbeza, namun insha-Allah semuanya akan guna pakai kaedah yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.