PKP: Sertai Kursus Kaunseling Online dan Peroleh Sijil Penyertaan

0
1849

Sambil menunggu berbuka, saya jenguk sekejap Telegram. Isi masa dengan perkongsian rakan-rakan. Saya tidak berkesempatan untuk sertai keseluruhannya, walaupun kesemua topik perbincangan sebenarnya menarik. Mana yang sempat, saya ikuti.

Seronok juga apabila dapat ikuti kursus online. Okey, kali ni tertarik dengan Kursus Kaunseling : Jaga Emosi Jangan Biar Cedera.

Kursus Kaunseling : Jaga Emosi Jangan Biar Cedera

Saya simpan di sini supaya lebih senang untuk saya semak kursus-kursus yang telah diikuti sepanjang PKP. Terima kasih banyak-banyak kepada penganjur, banyak ilmu yang disebarkan. #positivevibes.

Kursus Kaunseling : Jaga Emosi Jangan Biar Cedera ini dikendalikan oleh Cikgu Ts. Roshasfarizan dan penceramah jemputan kali ini ialah Cr. Asmadi Bin Abdan.

Kandungan Kursus Jaga Emosi Jangan Biar Cedera

Pada akhir kursus ini, guru-guru dapat ilmu tentang pengurusan emosi. Sebagai seorang guru, kawalan emosi amat penting kerana kita akan berinteraksi dengan anak-anak murid.

Kepelbagaian emosi mereka perlu diurus, dan amat penting untuk menguruskan emosi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara lain yang disampaikan ialah:-

  1. Cara-cara mengawal emosi.
  2. Penyebab berlakunya gangguan emosi.
  3. Kaedah yang efektif untuk menjaga hubungan.
  4. Tips komunikasi yang berkesan

Cara Mengikuti Kursus Online

Kursus ini ke udara pada 7 Mei 2020. Ketika itu saya masih di kampung, talian DiGi kurang memuaskan. Maka hari ini saya tonton semula kandungan kursus di Youtube Team Cikgu Ts. Roshasfarizan setelah kembali ke stesen bertugas.

Cara Isi Kursus Online dalam SPLKPM

Kursus-kursus atas talian boleh direkodkan dalam SPLKPM cikgu-cikgu menerusi sub e-pembelajaran. Macam mengajar dalam kelas, lepas sampaikan isi pembelajaran, ada penilaian kan?

Ini pun sama. Lepas tonton rakaman di atas, kita perlu jawab kuiz. Mudah sahaja, ada 10 soalan dengan 4 pilihan jawapan. Setelah tonton video kursus dan jawab soalan kuiz, bolehlah mengisi maklumat kursus dalam SPLKPM.

Panduan Pengisian Maklumat Kursus dalam SPLKPM

  1. Log masuk ke https://splkpm.moe.gov.my
  2. Klik ‘pembelajaran kendiri’
  3. Klik ‘senarai pembelajaran kendiri’
  4. Klik e-Pembelajaran
  5. Klik ‘tambah aktiviti’
  6. Klik jenis pembelajaran (Lain-lain)
  7. Dalam kotak ‘sila nyatakan’, letakkan pautan Youtube: https://youtu.be/i_bcpHrWFXk
  8. Perkara/Tajuk : Topik 11: Kursus Kaunseling: Jaga Emosi, Jangan Biar Cedera
  9. Jumlah masa : 3 jam
  10. Tarikh aktiviti : 7 Mei 2020

Cara Dapatkan Sijil Kursus Kauseling Online

Di penghujung video, tuan presiden sebutkan tentang sijil. Syok juga kan dapat sijil?

Sijil akan diberikan kepada guru-guru yang telah menjawab kuiz dengan pencapaian sekurang-kurangnya 50%. Sijil ini dalam bentuk softcopy, akan die-mel dalam masa 7 hari.

Memandangkan sijil akan diberikan melalui e-mel, pastikan kita masukkan data yang tepat. Contohnya ejaan nama penuh, nombor kad pengenalan dan juga alamat emel yang tepat.

Semusim Dalam (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP

Benar, guru-guru punya banyak perkara yang perlu dikejarkan. Jika tidak di musim PKP, tak tersusun padatnya jadual. Jadi, kiranya ada kesempatan di musim ini, ayuh kita manfaatkan bersama. 😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.