Home Mohon dan Semak Online Pengambilan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018 Dibuka Sekarang

Pengambilan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018 Dibuka Sekarang

by Cikgu Ayu dot My

SYARAT PERMOHOAN

  1. Memiliki ijazah Sarjana Muda atau Sarjana atau Doktor Falsafah daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon yang memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Melayu, Linguistik atau Pengajian Melayu amat digalakkan.
  2. Memiliki Diploma Perguruan dalam bidang bahasa Melayu dan memiliki pengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun.
  3. Bersedia membantu DBP menjayakan program kebahasaan.
  4. Bersedia menghadiri Kursus Pembinaan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018 dan menduduki ujian kelayakan seperti yang ditetapkan oleh DBP. Yuran penyertaan ialah sebanyak RM50.00.
  5. Setelah lulus ujian kelayakan, bersedia menghadiri Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018 seperti yang ditetapkan oleh DBP. Yuran penyertaan ialah sebanyak RM318.00.
  6. Munsyi Dewan (Bahasa) akan ditauliahkan dalam satu majlis yang akan ditentukan oleh DBP.
  7. Munsyi Dewan (Bahasa) yang ditauliahkan perlu menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM100.00 untuk tempoh tiga (3) tahun.

KEISTIMEWAAN MUNSYI (Bahasa):

  1. Menerima Watikah Munsyi Dewan (Bahasa).
  2. Diberikan lencana khas Munsyi Dewan.
  3. Layak mendapat potongan harga buku terbitan DBP.
  4. Layak menerima elaun penceramah, perjalanan dan penginapan apabila dilantik menjayakan program kebahasaan di dalam dan di luar negara.
  5. Dilantik sebagai panel penilai atau penyunting buku dan manuskrip subjek Bahasa Melayu terbitan DBP.

Muat Turun Borang Permohonan

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.