Home Bahan Bantu PdPc Latihan Bahasa Melayu: Bandingan Semacam

Latihan Bahasa Melayu: Bandingan Semacam

by Cikgu Ayu dot My
latihan bandingan semacam

Bandingan semacam ialah bahasa kiasan yang digunakan untuk menunjukkan perbandingan perilaku, perangai, atau sifat seseorang sejajar dengan benda yang dibandingkan. Antara perkataan yang digunakan untuk membuat perbandingan ialah:

  • bagai
  • seperti
  • bak
  • macam
  • laksana
  • umpama

Kandungan Pembelajaran Bandingan Semacam

Pembelajaran tentang Bandingan Semacam ini terkandung dalam sukatan awni bahasa; Bahasa Melayu Tahun 3. Boleh rujuk dalam buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 1 (Hlmn. 30)

Melalui pembelajaran ini, murid perlu dapat mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. 4.1.1 (ii) Bercerita dengan menggunakan gaya bahasa yang indah dan santun (bandingan semacam).

Contoh Bandingan Semacam

Contoh bandingan semacam ini diperoleh daripada buku teks Bahasa Melayu. Antara contoh yang dikemukakan ialah:

BilContoh Bandingan Semacam
1angkuh seperti merak
2adil macam hakim
3masam seperti cuka
4luas bak lautan
5lembut bagai sutera
6putih seperti kapas
7pedih bak sembilu
8kuat macam badang
9manis umpama madu
10kecil macam kuman
11kuat macam badang
12bijak laksana pendeta

Latihan Bandingan Semacam

  1. Kamal ditugaskan untuk mengagihkan hadiah ini kerana dia __________________.
  2. Muka Faidhi __________________ selepas pasukannya tersingkir daripada perlawanan.
  3. Cincin yang hilang itu sukar dicari kerana kawasan ini __________________.
  4. Aiman __________________ kerana mampu mengangkat tong yang berat itu.
  5. Irina selalu menjadi tempat rujukan kawan-kawannya kerana dia __________________.
  6. Kita tetap perlu mohon keampunan, meskipun dosa hanya __________________.
  7. Permaidani yang baru dibeli oleh ayah Abu Bakar __________________.
  8. Senyuman ibu __________________ apabila melihat abang menerima hadiah di atas pentas.
  9. Bulu kucing ni sangat bersih dan _____________________.
  10. Perangai Alissa yang ___________________ itu kurang disenangi oleh rakan-rakannya.

Semak Jawapan Latihan Bandingan Semacam

Semak melalui [www.gengsekolah.com]

Related Posts

2 comments

Norasiah bt Hassan June 11, 2020 - 8:04 AM

Terima kasih diatas pengkongsian ilmu untuk BM Tahun 3.

Reply
Preshamlini kumar July 6, 2020 - 8:57 AM

Cikgu saya tak boleh jawap latihan bandingan semacam 1 tolong saya cikgu

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.