Home Dunia Pendidikan Nota dan Latihan Kata Ganda Separa

Nota dan Latihan Kata Ganda Separa

by Cikgu Ayu dot My
Latihan Kata Ganda Separa tahun 3 4 5 6

Merujuk buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 2 (hlmn. 11), Kata ganda separa bermaksud kata yang menggandakan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar terdiri daripada kata tunggal atau kata berimbuhan.

Contoh Kata Ganda Separa

Jenis Kata Ganda SeparaContoh
Kata ganda separa tunggalbola – bebola
Kata ganda separa berimbuhan awalansetinggi-tinggi
Kata ganda separa berimbuhan akhiransayur-sayuran
Kata ganda separa berimbuhan apitanbersalam-salaman

Rujukan Guru dan Ibu Bapa

5.2.3(ii) Memahami dan menggunakan kata ganda separa mengikut konteks. Objektif pembelajaran ialah, murid dapat:

  1. Menyatakan maksud kata ganda separa berserta contoh.
  2. Mengelaskan kata ganda separa mengikut jenis.
  3. Mengisi tempat kosong menggunakan kata ganda separa yang betul.

Latihan Kata Ganda Separa

[h5p id=”1″]

Latihan 2:
Kelaskan kata ganda separa mengikut kategori

Murid dikehendaki mengenal pasti 4 contoh kata ganda separa tunggal, Kata ganda separa berimbuhan awalan, Kata ganda separa berimbuhan akhiran dan Kata ganda separa berimbuhan apitan. Catatkan kata ganda separa dalam bentuk peta grafik mengikut jenisnya.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.