Home Bahan Bantu PdPc Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia

Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia

by Cikgu Ayu dot My
Poster Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia

Alang-alang buat poster ringkas Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia, saya kongsikan juga di sini untuk manfaat guru-guru dan murid. Senang bila tampal dalam kelas, mudah anak-anak kita buat rujukan.

Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada benda-benda hidup tetapi bukan jenis manusia. Ciri-ciri kata nama am ini ialah huruf awalnya ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

Penuhkan Papan Subjek

Penyakit kebanyakan cikgu, tidak memaksimumkan papan subjek di belakang kelas tu. Saya di Sekolah Amanah, pihak pentadbir akan ronda. Paparan di papan tersebut usianya tidak boleh lebih satu bulan. Hasil kerja murid yang akan jadi paparan utama.

Jadi, bolehlah kita tampal hasil kerja murid dan info tentang topik pembelajaran semasa. Inilah masa untuk menghidupkan amalan ziarah ke papan-papan info untuk mendapatkan maklumat.

Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia

Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia ini biasanya terkandung dalam silibus Bahasa Melayu Tahap 1. Apabila cerita tentang kata nama am, dalam kepala anak-anak ini mungkin nampak nama manusia. Contohnya murid, doktor, guru, polis, dan sebagainya.

Maka terbitlah pecahan-pecahan ini supaya lebih tercapah idea anak-anak ini. Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia ini membolehkan anak-anak menginat semula nama benda-benda hidup, tapi bukan manusia.

Contoh Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia

Banyak contoh Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia yang boleh diberikan contoh. Antaranya ialah ayam, pokok, daun, lebah, bunga, rumput dan sebagainya.

Mulakan dengan apa yang dekat dengan anak-anak, dan seterusnya kita boleh bawa mereka terbang jauh!

Himpunan Kata Nama Am

Banyak lagi pecahan kata nama am ini. Namun bukanlah tugas anak-anak ini untuk hafal konsep setiap satunya. Tidak juga diberatkan anak-anak untuk hafal pendefinisiannya.

  • Kata nama am hidup manusia.
  • Kata nama am hidup bukan manusia.
  • Kata nama am tak hidup institusi.
  • Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit.
  • Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang.

Muat Turun Poster Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia

Poster Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia ini saya rekakan ringkas untuk paparan dalam kelas. Bolehlah kiranya sudi, cikgu-cikgu muat turun dan tampal di dalam kelas masing-masing juga.

Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia
Poster Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.