Home PengurusanPengakap Nama Sekawan dan Patrol Pengakap

Nama Sekawan dan Patrol Pengakap

by Cikgu Ayu dot My
Sekawan Pengakap

Pengurusan kumpulan pengakap akan lebih teratur dengan adanya pengurusan sekawan atau patrol yang baik. Pemimpin dan barisan penolong pemimpin perlu membentuk organisasi sekawan/patrol berenam ini sebaik sahaja terbentuknya kumpulan pengakap.

Pembentukan Sekawan dan Patrol

Saya masih belajar menguruskan kumpulan dengan perkemas pembentukan enam sekawan. Sambil-sambil itu, ambil tahu juga nama-nama patrol di peringkat sekolah menengah nanti.

  1. Nama Sekawan Pengakap Kanak-Kanak
  2. Nama Patrol Pengakap Muda
  3. Nama Patrol Pengakap Remaja
  4. Nama Patrol Pengakap Muda Laut
  5. Nama Patrol Pengakap Remaja Laut
  6. Nama Patrol Pengakap Muda Udara
  7. Nama Patrol Pengakap Remaja Udara

Nama Sekawan dan Patrol Pengakap

Nama sekawan pengakap ini perlu disematkan pada bahu kiri uniform pengakap ahli. Semasa di sekolah rendah, Pengakap Kanak-Kanak akan diagihkan kepada enam sekawan. Setiap sekawan ini perlu ada seorang ketua sekawan dan dibantu oleh penolong ketua sekawan.

Nama Sekawan Pengakap Kanak-Kanak

Kumpulan atau sekawan Pengakap Kanak-Kanak adalah ditentukan oleh 6 warna. 6 warna tersebut termasuklah sekawan merah, sekawan biru, sekawan kuning, sekawan ungu, sekawan perang dan sekawan hijau.

Sekiranya bilangan sekawan adalah lebih daripada enam, pemimpin boleh melabelkan dengan Merah A, Merah B, Merah C dan seterusnya. Namun, warna tercatat pada uniform, hanya nama warna sahaja, tanpa tambahan label A, B, C ataupun seterusnya.

Nama Patrol Pengakap Muda

Konsepnya sama sahaja dengan pembahagian sekawan di peringkat Pengakap Kanak-Kanak. Panggilan sekawan ditukar kepada patrol di peringkat Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

Penetapan patrol dalam pengakap muda diambil sempena nama-nama burung. Nama patrol Pengakap muda terdiri daripada Patrol Enggang, Patrol Kenyalang, Patrol Pekaka, Patrol Helang, Patrol Tiong dan Patrol Rajawali.

Nama Patrol Pengakap Remaja

Nama-nama Patrol Pengakap Remaja pula ditentukan berdasarkan nama-nama tokoh. Nama-nama patrol Pengakap Remaja Termasuklah Patrol Hang Tuah, Patrol Tun Perak, Patrol Hang Jebat, Patrol Hang Kasturi, Patrol Maharaja Lela, Patrol Tun Fatimah dan Patrol Megat Tewaris.

Nama Patrol Pengakap Muda Laut

Nama-Nama Patrol Pengakap Muda Laut pula menggunakan nama-nama ikan. Enam patrol terdiri daripada Patrol Todak, Patrol Paus, Patrol Jerung, Patrol Toman, Patrol Tapah dan Patrol Baung.

Nama Patrol Pengakap Remaja Laut

Nama Patrol Pengakap Remaja Laut pula menggunakan nama-nama pahlawan. Nama-namayang diambil ialah patrol bagi Patrol Daeng Parani, Patrol Tun Abdul Jamel, Patrol Hang Nadim, Patrol Megat Seri Rama, Patrol, Patrol Panglima Hitam dan Patrol Raja Haji.

Nama Patrol Pengakap Muda Udara

Nama Patrol Pengakap Muda Udara pula menggunakan serangga. Patrol Tebuan, Patrol Pepatung, Patrol Penyengat, Patrol Rama-Rama, Patrol Lebah dan Patrol Belalang.

Nama Patrol Pengakap Remaja Udara

Nama-Nama Patrol Pengakap Remaja Udara pula berdasarkan nama-nama planet. Patrol Utarid, Patrol Zuhrah, Patrol Marikh, Patrol Musytari, Patrol Zuhal dan Patrol Neptune.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.