Home PengurusanPengakap Panduan Pendaftaran Pengakap 2020

Panduan Pendaftaran Pengakap 2020

by Cikgu Ayu dot My
Pendaftaran Keahlian Pengakap 2020

Pendaftaran ahli pengakap perlu diperbaharui setiap tahun. Kuasa penganjur perlu memastikan semua pemimpin setiap kumpulan membuat pendaftaran keahlian bermula bulan Mac. Pihak PPM tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana ahli yang tidak berdaftar sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Tertakluk dibawah Akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409, Tahun 1989. Pendaftaran ini merupakan titik mula pergerakan pengakap bagi setiap ahli yang sah dalam mana-mana aktiviti atau program pengakap.

Yuran Keahlian Pengakap

Bermula tahun 2018, yuran keahlian adalah sebanyak Rm 7 bagi Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Yuran pada tahun-tahun yang sebelumnya adalah Rm 5.00. Perubahan kadar yuran ini boleh dilihat melalui surat rujukan PPM-02 Jld427/2017.

Yuran keahlian untuk Pengakap Dewasa pula adalah sebanyak RM 10. Pengakap Dewasa ini termasuklah barisan pemimpin, jawatankuasa kumpulan, ahli majlis dan pesuruhjaya.

  • RM 7.00 – Pengakap Lebah
  • RM 7.00 – Pengakap Kanak-Kanak
  • RM 7.00 – Pengakap Muda
  • RM 7.00 – Pengakap Remaja
  • RM 10.00 – Pengakap Kelana
  • RM 10.00 – Pen. Pemimpin/Pemimpin
  • RM 10.00 – Pen. Pesuruhjaya/Pesuruhjaya
  • RM 10.00 – Persaudaraan B-P
  • RM 10.00 – Persaudaraan Pengakap Raja
  • RM 10.00 – Ahli Biasa
  • RM 10.00 – Kumpulan Baru

Borang Pendaftaran Ahli Pengakap

Ahli-ahli pengakap Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja menggunakan Borang Pendaftaran PPM-1(A) untuk mendaftar pada setiap tahun. Borang tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

Borang Pendaftaran Ahli Dewasa

Borang Pendaftaran PPM-1(B) digunakan untuk mendaftar Pengakap Kelana, Pemimpin, Pesuruhjaya, Jawatankuasa Kumpulan dan juga Ahli Majlis. Muat turun borang melalui pautan berikut:

Kredit gambar: Pengakap Titiwangsa

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.