Home Dunia Pendidikan Tawaran SBP 2022 Tingkatan 1 dan 4 : Sekolah Berasrama Penuh

Tawaran SBP 2022 Tingkatan 1 dan 4 : Sekolah Berasrama Penuh

by Cikgu Ayu dot My
Tawaran SBP

Pastinya ramai yang menantikan Tawaran SPB atau Sekolah Berasrama Penuh dibuka saban tahun. Pemohonan untuk belajar di institusi pendidikan ini adalah terbuka buat semua murid tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

SBP diwujudkan untuk menyediakan persekitaran sekolah yang terancang, terkawal dan kondusif untuk membangunkan potensi murid cemerlang serta menjana modal insan berkualiti tinggi. Di sini, murid-murid akan dilatih dan dibimbing untuk mengembangkan bakat yang berpadanan dengan cabaran serta keperluan global.

Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

Syarat Kelayakan dan Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 1 :

  1. Murid dengan status Warganegara Malaysia
  2. Hanya untuk murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik
  5. Murid aktif dalam bidang kokurikulum

Syarat Kelayakan dan Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 4 :

  1. Murid dengan status Warganegara Malaysia
  2. Murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sahaja
  3. Cemerlang dalam bidang akademik (Mendapat bilangan A bagi 6 mata pelajaran dan minimum Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  4. Telah lulus saringan atau proses temuduga (hanya di KISAS)
  5. Murid aktif dalam bidang kokurikulum

Baca juga: Cara dapatkan Canva Pro percuma untuk guru dan murid

Tawaran SBP Terbaik di Malaysia

Ramai juga yang berteka-teki dengan 10 SBP Terbaik di Malaysia sebelum membuat permohonan kemasukan ke SBP. Ibu bapa dan murid-murid pastinya ingin mendapatkan tempat belajar yang terbaik agar dapat memaksimumkan pencapaian potensi diri.

Kesemua sekolah berasrama penuh ini memiliki pencapaian yang membanggakan. Ibu bapa dan murid tidak perlu bimbang tentang kredibiliti institusi pendidikan ini kerana setiap sekolah akan menyediakan perkhidmatan pendidikan yang terbaik buat semua murid.

Tawaran SBP Seluruh Negara

Berikut merupakan senarai penuh Sekolah Berasrama penuh di Malaysia:-

NegeriSekolah Berasrama Penuh
WP LabuanSM Sains Labuan
TerengganuSM Sains Sultan Mahmud
SM Sains Kuala Terengganu
SM Sains Dungun
SBP Integrasi Batu Rakit
SM Sains Hulu Terengganu
SM Sains Setiu
SelangorSM Sains Kuala Selangor
Sekolah Seri Puteri
Kolej Islam Sultan Alam Shah
SM Sains Hulu Selangor
SM Agama Persekutuan Kajang
SBP Integrasi Gombak
SBP Integrasi Sabak Bernam
SBP Integrasi Rawang
SM Sains Banting
SarawakSM Sains Kuching
SM Sains Miri
SM Sains Kuching Utara
SabahSM Sains Sabah
SM Sains Lahad Datu
PutrajayaSekolah Sultan Alam Shah
Pulau PinangSMs Tun Syed Sheh Shahabudin
SM Sains Kepala Batas
PerlisSM Sains Tuanku Syed Putra
PerakThe Malay College Kuala Kangsar
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
SM Sains Teluk Intan
SBP Integrasi Gopeng
SM Sains Tapah
SM Sains Bagan Datoh
PahangSM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah
SM Sains Tengku Abdullah
Sekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan
SBP Integrasi Kuantan
SBP Integrasi Tun Abdul Razak
SBP Integrasi Temerloh
SM Agama Persekutuan Bentong
Negeri SembilanSM Agama Persekutuan Labu
Kolej Tunku Kurshiah
Sekolah Dato’ Abdul Razak
SM Sains Tuanku Jaafar
SM Sains Tuanku Munawir
SBP Integrasi Jempol
SM Sains Rembau
SMs Perempuan Seremban
MelakaSBP Integrasi Selandar
SM Sains Muzaffar Shah
Kuala LumpurSM Sains Alam Shah
SM Sains Seri Puteri
SM Sains Selangor
KelantanSM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra
SM Sains Machang, Kelantan
SM Sains Pasir Puteh
SM Sains Jeli
SM Sains Gua Musang
KedahSM Sultan Abdul Halim
SM Sains Pokok Sena
SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
SM Sains Kubang Pasu
SBP Integrasi Kubang Pasu
JohorSekolah Tun Fatimah
SM Sains Muar
SM Sains Johor
SM Sains Kota Tinggi
SM Sains Sultan Iskandar
SM Sains Sembrong
SM Sains Batu Pahat

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian info mengenai Tawaran SBP, Senarai penuh SBP di Malaysia dan syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh ini dapat membantu ibu bapa dan murid-murid membuat kajian awal lokasi melanjutkan pelajaran dengan mudah, cepat dan tepat.

Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.