Sambutan Jubli Emas Rukun Negara 2020

0
322
logo jubli emas rukun negara

Tersebar luas tentang Sambutan Jubli Emas Rukun Negara sejak awal Julai lalu. Seharusnya kita sebagai Rakyat besyukur dengan anugerah tanah air yang aman harmoni.

Sejak kecil kita diasuh dan dididik dengan semangat cinta akan negara. Tiap kali adanya perhimpunan, pasti ada rakan yang mengetuai lafaz ikrar ini.

Lima Prinsip Rukun Negara

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut, berdasarka di atas prinsip-prinsip yang berikut:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada raja dan negara
  3. Keluhuran perlembagaan
  4. Kedaulatan undang-undang
  5. Kesopanan dan kesusilaan

Sambutan Jubli Emas Rukun Negara

Jubli Emas Rukun Negara disambut selama tiga bulan dalam susana penuh perpaduan dan patriotik.

Pelancaran Sambutan Jubli Emas Rukun Negara telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra pada 9 Julai 2020.

Logo Rasmi Sambutan Jubli Emas Rukun Negara

Sambutan jubli Emas Rukun Negara ini adalah untuk meraikan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara. Pelancaran logo rasmi Sambutan Jubli Emas Rukun Negara juga diadakan sebagai kemuncak majlis.

Maksud Logo Rasmi Sambutan Jubli Emas Rukun Negara

Logo yang direka menggunakan empat warna Jalur Gemilang ini dipancarkan pada skrin dengan animasi 3 dimensi. Berikut merupakan perincian maksud logo tersebut.

Lima Jalur

Susunan lima jalur yang mewakili lima prinsip Rukun Negara yang perlu dipatuhi.

Angka 50

Angka 50 melambangkan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara dan biru simbol amalan perpaduan dalam Kesopanan dan Kesusilaan.

Bulan dan Bintang

Bulan dan bintang melambangkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan.

Tengkolok

Tengkolok simbolik kepada prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Muat Turun Logo Rasmi Sambutan Jubli Emas Rukun Negara

Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan di peringkat sekolah nanti, adalah baik sekiranya guru-guru dapat berkongsi tentang Rukun Negara yang menjadi panduan kita sehingga kini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.