Pembelajaran Abad Ke-21 Pengurusan Bilik Darjah

‘Thumbs Up Thumbs Down’ sebagai Alat Penilaian

Penggunaan Thumbs Up, Middle dan Thumbs Down telah lama diperkenalkan dan dipraktikkan di seluruh dunia untuk dijadikan alat penilaian formatif yang mudah dan cepat. kaedah ini akan membolehkan guru mengetahui dengan segera tahap pemahaman murid. Murid perlu dididik untuk berani menyatakan tahap penerimaan dan pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep atau tajuk yang disampaikan.

Terlebih dahulu, murid perlu diperkenalkan dengan isyarat Thumbs Up, Middle dan Thumbs Down:

  • Thumbs Up: Murid memahami sepenuhnya pengajaran yang disampaikan.
  • Middle: Murid berada di tahap sederhana yang hampir menguasai sepenuhnya pengajaran yang disampaikan.
  • Thumbs Down: Murid masih belum dapat menguasai pengajaran yang disampaikan.

Maka setelah itu, guru boleh menggunakan sepenuhnya kaedah ini untuk menilai tahap penguasaan murid dengan mudah dan cepat. Selamat mencuba !

Related posts

Murid Nilai Hasil Kerja Menggunakan Padlet

Cikgu Ayu dot My

Pelan Kedudukan Murid di dalam Bilik Darjah

Cikgu Ayu dot My

20 Label Subjek / Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah

Cikgu Ayu dot My

2 comments

Rosmarieza January 11, 2016 at 7:43 AM

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat..Barakallahu Fik

Reply
Cikgu Ayu dot My
Cikgu Ayu dot My January 14, 2016 at 4:40 PM

Ameen, moga Allah perkenankan.
Sama-sama. 😀

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.