Home Bahan Bantu PdPc Karangan Jenis Catatan Sambutan Hari Guru

Karangan Jenis Catatan Sambutan Hari Guru

by Cikgu Ayu dot My
karangan jenis laporan

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan tentang sambutan Hari Guru tersebut

Rabu , 16 Mei 2019

7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2019. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan dengan penuh semangat.Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Tuan Haji Ridzuan bin Ahlal.

7.40 pagi
Acara dimulakan dengan Puan Shalizaini bt Uyob, PK HEM membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Fadzilah bt Zakaria pula membacakan perutusan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Kemudian Guru Besar, Encik Abdul Aziz bin Abu Hanipah menyampaikan ucapan lalu merasmikan majis.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat seketika untuk murid dan guru berehat di kantin sekolah. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah. Semua kelihatan gembira dan ceria sewaktu berada di kantin.

10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

12.00 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar.

12.40 tengah hari
Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilir- gilir. Guru-guru berasa gembira apabila jasa mereka dihargai oleh murid-murid.

1.10 tengah hari
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.