≡ Menu

Jadual Tugasan Murid di dalam Bilik Darjah

Musim guru-guru kelas berkalut siapkan jadual bertugas di dalam bilik darjah. Saya sekadar membantu rakan-rakan guru menyiapkan jadual tugasan tanpa penat-penat kerah idea. Boleh muat turun template di bawah. Saya sediakan secara percuma.

Mengurus keadaan fizikal merujuk keadaan fizikal bilik darjah meliputi penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah amatlah penting. Penyediaan jadual tugasan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Keadaan bilik darjah yang bersih dan kondusif merupakan satu keperluan asas bagi memaksimumkan tumpuan murid-murid dalam bilik darjah.

Jadual tugasan kerja diperlukan untuk memastikan suasana kelas sentiasa dalam keadaan teratur, ceria dan bersih. Dengan mematuhi jadual ini juga, diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.

Sumber gambar: Kinders On The Block

Muat turun jadual tugasan murid di dalam bilik darjah.
Muat-Turun

{ 10 comments… add one }
  • marzita abdullah February 20, 2014, 1:25 AM

    CANTIK… TQ SBB SUDI SHARE

  • noraimi mohamed December 2, 2015, 8:48 AM

    terima kasih kerana sudi kongsi .mudah mudahan usaha anda akan dirahmati Allah insyaAllah

  • Dayang Sabtuyah binti Awang Omar December 27, 2015, 10:51 PM

    Saya nak mohon untuk share jadual bertugas yang cikgu tu. Cantik

  • hafizah January 17, 2016, 11:34 AM

    Saya mohon untuk download bahan-bahan kelas cikgu. sangat menarik dan kreatif.terima kasih.

  • uuyi September 2, 2016, 2:19 PM

    ?????????

  • YATI December 31, 2016, 9:49 AM

    TQ SBB SUDI SHARE. SEMOHA ALLAH RAHMATI CIKGU DAN D BERI PAHALA BERPANJANGAN. AAMIIN

  • salwana ismail December 31, 2016, 3:03 PM

    Terima kasih banyak-banyak kerana membantu.Saya mohon download ye…..

  • ROSLINA February 6, 2017, 4:11 PM

    Terima kasih banyak-banyak kerana membantu.Saya mohon download ye…..

  • KUMARI April 3, 2017, 8:14 PM

    CARTA INI ADA TAK JUAL READY MADE?

  • Asfalaila Ajis April 6, 2017, 7:46 AM

    Terima kasih cikgu ada idea untuk dibuat di sekolah saya.

Leave a Comment