Home Pengurusan Aplikasi Pangkalan Data Murid 2014

Aplikasi Pangkalan Data Murid 2014

by Cikgu Ayu dot My

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid di seluruh negara. APDM ini boleh diakses melalui laman http://apdm.moe.gov.my/. Aplikasi Pangkalan Data Murid telahpun melalui proses perpindahan daripada domain sekolah malaysia kepada domainnya sendiri iaitu http://apdm.moe.gov.my/.

APDM akan secara automatik melakukan proses naik tahun murid-murid untuk tahun persekolahan 2014 bermula 31 Disember 2013.

APDM adalah satu sistem pangkalan data tunggal untuk murid selari dengan hasrat untuk mengurangkan beban tugas guru dan data bersepadu murid bagi kegunaan sistem-sistem lain yang akan dibangunkan oleh Bahagian-Bahagian lain.

Kejayaan APDM bergantung penuh kepada komitmen dan sokongan dari semua pihak yang berkepentingan. Perkongsian data dan maklumat yang telah dikunci masuk ini boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut keperluan pihak-pihak lain.

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan. Selamat mengemaskini data bagi guru-guru yang terlibat.

 

 

Related Posts

1 comment

puteri salbatun bt megat latif June 26, 2014 - 7:43 AM

terima kasih

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.