Home Bahan Bantu PdPc Contoh Karangan: Menyertai Pertandingan Keceriaan

Contoh Karangan: Menyertai Pertandingan Keceriaan

by Cikgu Ayu dot My
karangan pertandingan keceriaan

Kelas anda telah menyertai pertandingan keceriaan. Tulis karangan tindakan anda dan rakan-rakan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pada minggu lalu, Guru Besar telah mengumumkan bahawa sekolah mengadakan pertandingan keceriaan kelas. Oleh demikan, saya dan rakan-rakan telah sebulat suara untuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Antara persediaan yang kami lakukan adalah membuat jadual tugasan. Jadual tugasan ditampal pada papan kenyataan untuk memastikan murid-murid bertugas membersihkan kelas setiap hari. Tugasan membersihkan kelas adalah seperti membuang sampah, menyusun meja, memadan papan putih dan sebagainya.

Seterusnya, ibu rakan saya telah menyumbangkan langsir untuk menghias kelas kami agar bertambah ceria. Langsir ini bukan sahaja cantik malahan dapat menghalang cahaya matahari. Secara tidak langsung, kami dapat belajar dengan selesa.

Selanjutnya, kami sepakat menghias papan kenyataan agar lebih ceria dan memberi faedah kepada murid-murid. Kami menampal kertas bewarna-warni agar keceriaan kelas lebih terserlah. Suasana kelas yang ceria menjadikan kami lebih bersemangat untuk belajar.

Selain itu, kami juga telah mengecat dinding kelas dengan warna yang menarik. Kami telah bergotong-royong mengecat kelas dengan diawasi oleh guru kelas iaitu Puan Rosmaliza binti Sulaiman. Kami berasa gembira melihat kelas menjadi lebih ceria setelah dicat dengan warna biru.

Kami berasa amat gembira apabila guru besar mengumumkan bahawa kelas 4 Nilam muncul sebagai pemenang kelas paling ceria. Kami berazam untuk menjaga keceriaan kelas ini agar menjadi contoh kepada kelas-kelas lain.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.