Home Dunia Pendidikan Agenda Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah (PSS) Kali Pertama

Agenda Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah (PSS) Kali Pertama

by Cikgu Ayu dot My
agenda mesyuarat pss kali pertama

Cabaran Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau lebih dikenali sebagai Guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) ini bukan sedikit. Guru PSS mempunyai tugas besar dalam memastikan PSS sekolah masing-masing sebagai nadi ilmu di sekolah.

Bergerak keseorangan mungkin akan cepat tumbang, mungkin juga dihurung tekanan. Maka, kerja sepasukan perlulah diatur dengan sebaiknya.

Cadangan Agenda Mesyuarat PSS Kali Pertama

Mesyuarat kali pertama ini penting dalam membentangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil oleh GPM dan juga jawatankuasa yang dilantik. Persediaan perlu diperkemas seawal penyediaan bahan mesyuarat lagi.

  1. Pelantikan AJK Induk dan AJK Kerja
  2. Maklumat tentang PSS
    • Merangkumi Jumlah sebenar bahan buku dan bukan buku;
    • Jadual Penggunaan PSS mengikut kelas;
    • Rekod Penggunaan PSS; dan sebagainya.
  3. Maklumat berkaitan PSS Tahun sebelumnya
    • Aktiviti yang telah dijalankan dan aktiviti yang tidak dapat dijalankan pada tahun sebelum;
    • Masalah yang dihadapi pada tahun sebelum dan langkah penyelesaian atau penambahbaikan.
  4. Aktiviti Sepanjang Tahun PSS (Tahun Semasa)

Buku atau Fail Pengurusan PSS

Buat edaran satu salinan buku atau fail pengurusan pss kepada setiap AJK PSS (guru) dan Jawatankuasa Induk semasa mesyuarat kali pertama. Pastikan GPM telah selitkan bersama:

  • Senarai AJK dan Bidang Tugas
  • Takwim dan Perancangan PSS
  • Salinan Carta yang Berkaitan
  • Belanjawan PSS
  • Helaian Catatan

Pusat Sumber Cemerlang

GPM dan semua AJK yang dilantik perlu menjalankan tugasan yang telah diamanahkan. Sekiranya setiap AJK memainkan peranan dengan baik, pengurusan PSS pastinya akan lebih teratur.

Setiap kali mesyuarat atau perjumpaan ringkas, pastikan semua ahli mesyuarat membawa fail atau buku pengurusan yang telah diedarkan pada mesyuarat kali pertama untuk tujuan rujukan atau catatan.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.