Home Info Guru Takwim Persekolahan dan Cuti Sekolah 2019

Takwim Persekolahan dan Cuti Sekolah 2019

by Idayu Jusoff

Takwim Persekolahan dan Cuti Sekolah 2019 merupakan dua pengumuman yang paling ditunggu oleh warga pendidik sebelum berakhirnya sesi persekolahan pada tahun semasa. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Takwim Persekolahan dan Cuti Sekolah 2019 secara rasmi pada pertengahan Oktober yang lalu melalui Portal Rasmi KPM, https://moe.gov.my/.

Negeri dalam kategori Kumpulan A ialah (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu) manakala Kumpulan B ialah (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya). Berikut merupakan sesi persekolahan bagi kedua-dua penggal, mengikut kumpulan negeri.


Takwim Penggal Pertama Persekolahan 2019:

Kumpulan A  1 Januari 2019  23 Mei 2019
Kumpulan B  2 Januari 2019 24 Mei 2019

Takwim Penggal Kedua Persekolahan 2019:

Kumpulan A  18 Ogos 2019  21 November 2019
Kumpulan B  10 Ogos 2019  22 November 2019

Cuti Penggal Persekolahan 2019 (Kumpulan A):

Cuti Pertengahan Penggal Pertama 22 Mac 2019 – 31 Mac 2019
Cuti Pertengahan Tahun 24 Mei 2019 – 08  Jun 2019
Cuti Pertengahan Penggal Kedua 09 Ogos 2019 – 17 Ogos 2019
Cuti Akhir Tahun 22 November 2019 – 31 Disember 2019

Cuti Penggal Persekolahan 2019 (Kumpulan B):

Cuti Pertengahan Penggal Pertama 23 Mac 2019 – 31 Mac 2019
Cuti Pertengahan Tahun 25 Mei 2019 – 09 Jun 2019
Cuti Pertengahan Penggal Kedua 10 Ogos 2019 – 18 Ogos 2019
Cuti Akhir Tahun 23 November 2019 – 31 Disember 2019

Guru-guru boleh memuat turun takwim dalam bentuk PDF untuk simpanan dan rujukan pada masa akan datang. Jangan lupa untuk kongsikan juga bersama-rakan-rakan yang lain. Sebaran kebaikan!

Related Posts

6 comments

Norasliza bt ramly December 8, 2018 - 7:58 AM

Terima kasih cikgu ayu diatas prkongsian…semoga allah membalas jasa baik..jazakillahi khairan?

Reply
rozana mohd yusof December 30, 2018 - 6:37 PM

terima kasih cikgu, halalkan saya mengambil bahan yang cikgu sediakan ni ya… Moga jasa baik cikgu mendapat balasan yang baik daripada Yang Maha Esa.. terima kasih sekali lagi…

Reply
ROSMARIA January 8, 2019 - 11:29 AM

TERIMA KASIH CIKGU AYU ATAS PERKONGSIAN… SEMOGA SEGALA URUSAN CIKGU DIPERMUDAHKAN…

Reply
Siti ambia January 9, 2019 - 1:26 AM

Terima kasih byk2 sudi share .. semoga ckgu akan bertambah2 sukses hdknya aamiin

Reply
mastura binti ahmat January 9, 2019 - 8:52 PM

Terima kasih yang tidak terhingga cikgu. Semoga Allah jua yang membalasNya. Jazakallah.

Reply
Nurul Ain June 15, 2019 - 4:35 PM

Terima kasih cikgu atas perkongsian. Saya minta izin untuk guna semua bahan cikgu ya. Semoga semua urusan cikgu dan keluarga dipermudahkan.

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.