Home PengurusanKurikulum SPdPR Login: Sistem Pelaporan PdPR Semua Negeri

SPdPR Login: Sistem Pelaporan PdPR Semua Negeri

by Cikgu Ayu dot My
Sistem Pelaporan PdPR KL spkl moe gov my

Apa itu SPDPR? SPDPR ialah sebuah Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah secara dalam talian. Pautan SPdPR ini bebeza-beza mengikut negeri khidmat masing-masing. Bagi guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sistem pelaporan SPKL melalui pautan spkl.moe.gov.my digunakan.

Melalui SPKL, maklumat pelaksanaan PdPR akan dikumpulkan. Data-data ini akan diakses untuk tujuan pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Baca juga: MySG : Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah Dan Rendah

Panduan Akses Sistem Pelaporan SPdPR

Berikut merupakan langkah-langkah untuk log masuk ke sistem pelaporan SPKL:

  • Klik pautan portal https://spkl.moe.gov.my/
  • Masukkan maklumat ID Pengguna, Kata laluan dan Kod Keselamatan. Kemudian, klik <<Masuk>>.
  • Klik Semak ID. Sila klik di sini, guru-guru akan dapat semak sama ada ID telah wujud ataupun tidak.
  • Boleh berurusan dengan pengetua, guru besar dan guru penolong kanan pentadbiran untuk mendapatkan kata laluan bagi kali pertama log masuk.
  • Bagi log masuk kali pertama, guru-guru perlu menukar kata laluan yang baharu. Kata laluan ini perlulah mengandungi kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan juga simbol untuk langkah keselamatan.

Masa idle hanya 2 minit. Jika cikgu tidak aktif di laman tersebut melebihi 2 minit, sistem akan log keluar secara automatik. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan dalam talian.

Pautan SPdPR Setiap Negeri

Pautan SPdPR adalah berbeza bagi setiap negeri, guru-guru boleh membuat pilihan negeri khidmat masing-masing:

Muat Turun Manual pengguna SPdPR

Manual Pengguna SPdPR Login
Muat Turun PDF

Alhamdulillah, sistem kali ini lebih baik dan tersusun daripada yang sebelumnya. Guru-guru tidak perlu lagi membuat pelaporan di pangkalan data yang berbeza. Jimat masa, boleh fokus pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Baca juga: Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5

Melalui sistem ini, guru-guru di sesebuah sekolah itu akan dapat melihat data-data atau senarai guru yang membuat laporan PdPR.

Pihak pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mendapatkan data di satu pangkalan yang sama.

Oh ya, pelaporan PdPR perlu dibuat dalam masa 3 hari dari tarikh PdPR berlangsung!

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian SPdPR: Pautan Sistem Pelaporan PdPR Semua Negeri  ini dapat membantu pengguna SPdPR, khususnnya guru-guru mengisi data laporan PdPR dengan mudah, cepat dan tepat.

Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.