Home Pengurusan MySG KPM: Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Rendah dan Menengah

MySG KPM: Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Rendah dan Menengah

by Cikgu Ayu dot My
MysG KPM Download

MySG KPM ialah Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah Dan Rendah. Dokumen ini telah diperbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia. MySG merupakan singkatan bagi Malaysia School Governance (MySG).

MySG disusun dengan merujuk kepada pelbagai punca kuasa pada semua peringkat perjawatan. MySG diharapkan dapat menjadi rujukan dan panduan rasmi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Peranan MySG di Sekolah Rendah dan Menengah

Penyediaan garis panduan ini adalah untuk memacu keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan. PPP dan AKP akan lebih memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka secara sistematik.

Melalui MySG, PPP dan AKP dapat mengetahui:

  1. Komponen dan subkomponen Pengurusan Sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum;
  2. Pelaksana Pengurusan Sekolah dijajarkan kepada Portfolio Berjawatan, Portfolio Tanpa Jawatan dan Jawatankuasa;
  3. Perincian tugas dan tanggungjawab Portfolio Berjawatan, Portfolio Tanpa Jawatan dan Jawatankuasa di sekolah;
  4. Penetapan Pelaksana Pengurusan Sekolah terdiri daripada PPP sahaja atau AKP sahaja atau kedua-duanya secara kolaboratif;
  5. Punca kuasa dan garis panduan sedia ada berkaitan Pengurusan Sekolah; dan
  6. Bahagian-bahagian KPM yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab terhadap dasar dan pengoperasian Komponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah.
MySG KPM Sekolah Menengah Cikgu Ayu

Kandungan MySG KPM

MySG KPM yang diterbitkan hasil kerjasama akil Bahagian-bahagian KPM, Fasilitator yang dilantik, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), PPP dan AKP yang dipilih ini mengandungi:

  1. Maklumat Umum Pengurusan Sekolah Rendah/Menengah KPM
  2. Perincian Tugas Portfolio Berjawatan dan Portfolio Tanpa Jawatan Sekolah Rendah/Menengah KPM
  3. Perincian tugasJawatankuasa Sekolah Rendah/Menengah KPM
  4. Jadual Pelaksanaan Pengurusan Sekolah Rendah/Menengah KPM

Guru-guru boleh mendapatkan buku panduan MySG KPM ini melalui pautan yang disediakan di bawah:

MySG KPM Sekolah Rendah - Cikgu Ayu

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian Muat Turun Secara Percuma Jenis Tulisan atau Font Sekolah ini dapat memudahkan urusan guru-guru untuk membangunkan bahan pembelajaran. Jangan pernah lelah untuk melakalukan yang terbaik. Setiap kebaikan akan kembali juga kepada kita semua, insha-Allah.

Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

Related Posts

1 comment

Mohd Ridzwan Abdullah August 29, 2021 - 9:38 AM

Dimana boleh beli buku garis panduan tadbir urus SK/SMK KPM ini?

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.