Panduan SSQS: Penarafan Pembestarian Sekolah

0
176
Soal Selidik SSQS

Panduan SSQS: Penarafan Pembestarian Sekolah (SSQS) 2020 ini saya kongsikan pengalaman saya ketika bekerja dari rumah (BDR). Sementara ada berbaki masa, saya buat catatan juga di sini.Terdapat satu set soalan soal selidik yang perlu diselesaikan oleh guru-guru yang terpilih.

Kebiasaannya, urusan ini dikendalikan oleh Guru Penyelaras Bestari. Untuk tahun ini, tarikh akhir pengisian adalah sebelum atau pada 30 Oktober 2020.

Soal Selidik Untuk Penarafan Pembestarian Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia.

Penarafan ini boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7.

Anjakan yang dimaksudkan ialah memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Item Soal Selidik Penarafan Pembestarian Sekolah

Kesemua jawapan yang diberikan dalam soal selidik ini adalah bersifat SULIT. Terdapat 25 soalan disediakan melalui 6 kluster berikut:

  1. Maklumat Umum
  2. Pembangunan Profesional
  3. Persekitaran Kondusif          
  4. Pembangunan Profesional
  5. Kurikulum Dan Kokurikulum
  6. Pembelajaran Berpusatkan Murid

Panduan SSQS: Langkah Menjawab Soal Selidik

Responden yang diperlukan dalam penarafan ini melibatkan pentadbir, Guru Penyelaras Bestari, Guru Penyelaras Media, guru-guru dan murid. Soal selidik ini perlu dijawab melalui http://ssqs.moe.edu.my. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Panduan SSQS: Penarafan Pembestarian Sekolah
  1. Pilih negeri guru-guru mengajar. Contohnya: KUALA LUMPUR.
  2. Pilih kumpulan responden. Contohnya: GURU.
  3. Log masuk menggunakan Token di dalam senarai nama yang telah diberikan oleg Guru Penyelaras Bestari.
  4. Setelah selesai menjawab, klik butang cetak, dan klik pada PDF Export untuk muat turun salinan jawapan soal selidik.
  5. Emelkan salinan lembut (soft copy) kepada penyelaras untuk simpanan rekod atau verifikasi.
  6. Jika hadapi kesukaran, boleh sahaja hantar kepada penyelaras melalui WhatsApp atau Telegram.

Penutup Panduan SSQS

Semoga dengan adanya sesi soal selidik dan Penarafan Pembestarian Sekolah (SSQS) 2020 ini dapat merancakkan lagi proses penambahbaikan program Pembestarian Sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.