Home Pengurusan Kursus KSSR Semakan Tahun 5 Melalui Portal DELIMa KPM

Kursus KSSR Semakan Tahun 5 Melalui Portal DELIMa KPM

by Cikgu Ayu dot My
Kursus KSSR Semakan Tahun 5

Kursus KSSR Semakan Tahun 5 Melalui Portal DELIMa KPM ini saya kongsikan pengalaman saya menyertai Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum bagi Tahun 2020.

Melalui kursus ini, guru-guru boleh melihat kemaskini yang dilaksanakan pada KSSR Semakan Tahun 5 yang akan bermula pada tahun 2021. Alhamdulillah, minggu lepas baru berpeluang untuk lengkapkan kursus tersebut.

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Pada pandangan saya, kursus ini bukan sahaja untuk guru-guru yang mengajar tahun 5 sahaja. Semua guru subjek tersebut perlu ada pengetahuan mengenai kurikulum semakan ini.

Kursus KSSR Semakan Tahun 5

Kursus KSSR Semakan Tahun 5 atau Kursus Orientasi Penyebaran Kurikulum bagi Tahun 2020 ini bukan sahaja terrtumpu kepada KSSR Semakan Tahun 5 sahaja, namun terdapat juga kursus-kursus lain seperti berikut:

  1. Kursus KSSR (Semakan 2017) Tahun 5
  2. Kursus KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Khas Tahun 5
  3. Kursus KSSM Bahasa Cina Komunikasi Tingkatan 4 dan 5
  4. Kursus KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 5

Portal DELIMa KPM Login

Portal DELIMa KPM Login ini sama sahaja dengan log masuk sebelum ini. DELIMa merupakan penjenamaan semula Portal MOE Digital Learning (moe-dl). Boleh klik pautan http://bit.ly/DELIMaKPM atau gambar di bawah:

Kursus KSSR Semakan Tahun 5

Daftar Kursus KSSR Semakan Tahun 5 di DELIMa KPM

Untuk mendaftar masuk dan mengikuti kursus KSSR Semakan Tahun 5 cukup mudah. Lebih-lebih lagi bagi guru yang sedang Bekerja Dari Rumah (BDR). Boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk laman sesawang DELIMa http://bit.ly/DELIMaKPM
  2. Klik Guru
  3. Klik Sumber Rujukan PdP
  4. Klik BPK
  5. Klik Kursus Orientasi 2020
  6. Pilih dan klik Sekolah Rendah / Sekolah Menengah
  7. Klik Mata Pelajaran untuk mengikuti modul kursus
  8. Ikuti semua bahan kursus hingga selesai
  9. Klik SPLKPM dan masukkan nombor kad pengenalan

Kursus KSSR Semakan Tahun 5 di SPLKPM

Kursus KSSR Semakan Tahun 5 ini boleh juga direkodkan di Sistem Pengurusan Latihan, Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Guru-guru boleh mengisi secara dalam talian setelah menonton kesemua video atau bahan yang disediakan.

Kemudian, jawab soalan yang diberikan semasa penilaian kendiri. Jumlah jam yang direkodkan adalah 12 jam. Setelah selesai, bolehlah klik pada pautan pengisian data guru ke dalam pengkalan SPLKPM.

Kursus KSSR Semakan Tahun 5

Pertanyaan Lanjut Kursus KSSR Semakan Tahun 5

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai kursus yang dianjurkan, boleh e-melkan kepada pegawai yang bertugas menerusi alamat [email protected].

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian kali ini sedikit sebanyak memberikan manfaat buat yang membaca. Semoga Allah lindungi kita semua daripada sebarang wabak penyakit dan kecelakaan.

Related Posts

4 comments

fatiha October 22, 2020 - 4:44 PM

Kenapa saya tak jumpa link untuk klik SPLKPM tu ye?

Reply
Cikgu Ayu dot My October 22, 2020 - 7:35 PM

Klik dahulu subjek yang kita nak attend.. Dalam tu ada satu link SPLKPM untuk kita klik.

Reply
ilmu azam November 10, 2020 - 10:33 AM

kenapa bila klik link pendidikan moral dia bawak kita ke Padlet lepas tu kosong je page tu.

Reply
Cikgu Ayu dot My November 21, 2020 - 5:41 PM

Saya kurang pasti; cikgu dari negeri mana?

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.