Home Pengurusan IQ-Nilam Login dengan mudah guna akaun DELIMa

IQ-Nilam Login dengan mudah guna akaun DELIMa

by Cikgu Ayu dot My
iq-nilam login

Kali ini, saya kongsikan maklumat IQ-Nilam Login (log masuk) dengan mudah menggunakan akaun DELIMa KPM yang telah disediakan. Tengah hari semalam setelah tamat kelas terakhir, saya ke perpustakaan. Hajatnya nak buat kuiz sempena Kempen Membaca peringkat sekolah.

Terlanjur berbual dengan Guru Perpustakaan dan Media. Berceritalah juga tentang IQ-Nilam ni. Sebelum-sebelum ini saya hanya gunakan buku untuk rekodkan bacaan murid. Tidaklah fokus kepada IQ-Nilam memandangkan di sekolah, agak sukar nak rekod bacaan menggunakan komputer atau peranti.

Baca juga: Skor dan Markah Nilam dalam PAJSK

Tahun ini rasanya dah boleh cuba IQ-Nilam ni. Murid boleh rekodkan bacaan jika baca buku di rumah. Saya kongsikan sedikit tentang IQ-Nilam ya.

IQ-Nilam login melalui akaun DELIMa

IQ-Nilam boleh diakses melalui pautan https://iqnilam.moe.gov.my/. Laman ini hanya boleh diakses oleh murid-murid menggunakan akaun DELIMa KPM. Setelah log masuk, Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.

Pengumpulan data atau rekod bacaan adalah satu perkara yang amat penting dalam pelaksanaan Program NILAM. Data bacaan dan aktiviti setiap murid perlu dikumpulkan untuk dinilai dan dianugerahkan bintang.

IQ-Nilam Login: https://iqnilam.moe.gov.my/

Pastikan murid telah selesai membaca, sebelum mengisi IQ-Nilam dalam talian ini. Berikut merupakan maklumat yang diperlukan ketika mengisi borang Nilam Online.

  • Nama Judul atau Tajuk Bahan Bacaan
  • Pilihan Bahasa
  • Tahun Terbitan
  • Pengarang
  • Penerbit
  • Jenis Bahan Bacaan
  • Buku Fiksyen
  • Buku Bukan Fiksyen
  • Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
  • Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
  • Rumusan atau sinopsis bahan bacaan
  • Jenis aktiviti pengayaan yang dilakukan semasa atau selepas pembacaan

Pengisian anugerah NILAM dalam PAJSK

Melalui pangkalan data IQ-Nilam ini, murid dapat mengetahui jumlah terkumpul bacaan atau jumlah bacaan keseluruhan. Menarik tentang Program Nilam, pencapaiannya boleh juga diisi dalam Rekod PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum).

Markah PAJSK NILAM

Guru-guru dan murid-murid boleh merujuk jadual di atas untuk mengetahui jumlah markah yang akan dicatatkan dalam PAJSK. Semoga dengan adanya pengiktirafan ini, murid akan lebih bermotivasi untuk membaca. Ingat, membaca jambatan ilmu. 🙂

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian tulisan IQ-Nilam Login dengan mudah guna akaun DELIMa ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru yang ingin memanfaatkan IQ-Nilam bersama murid-murid.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Semoga Allah berikan ganjara berlipat ganda kepada kita dan keluarga atas segala kerja buat, komitmen dan kesungguhan menyempurnakan amanah.

Doa-doa Allah terima setiap keringat dalam tiap usaha mendidik anak-anak murid, tidak kira dalam apa jua cara. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My ya! 🙂

Related Posts

19 comments

choojinheng April 27, 2021 - 7:08 PM Reply
Norsyilawati April 29, 2021 - 8:48 PM

Hai

Reply
Chin Soon Yuen June 14, 2021 - 10:29 AM

cannot submit

Reply
郭奕进 June 16, 2021 - 10:28 AM

哈咯

Reply
MOUHAMAD June 16, 2021 - 11:24 AM

SAYA MOUHAMADOU

Reply
MOUHAMAD June 16, 2021 - 11:24 AM

SAYA MOUHAMADOU SAYA MOUHAMADOU

Reply
MOUHAMAD June 16, 2021 - 11:25 AM

SAYA MOUHAMADOU TERIMAKASIH

Reply
TONG YU CHERN June 21, 2021 - 11:19 AM

its me

Reply
TONG YU CHERN June 21, 2021 - 11:19 AM

its me tong yu chern

Reply
TONG YU CHERN June 21, 2021 - 11:26 AM

hi , its me

Reply
ERYNA BATRISYA BINTI MOHD SYAWARUDIN June 26, 2021 - 11:07 PM

hi

Reply
feilong July 5, 2021 - 3:59 PM

i cant login???

Reply
Cikgu Ayu dot My July 5, 2021 - 10:06 PM

Rujuk guru penyelaras ICT. Anda mungkin memasukkan ID atau kata laluan yang tidak tepat.

Reply
annur asyifa August 4, 2021 - 2:36 PM

i cant login

Reply
Cikgu Ayu dot My August 5, 2021 - 10:33 AM

Pastikan anda menggunakan ID MOE dan kata laluan yang tepat. 🙂

Reply
Sharon Loh July 31, 2021 - 10:20 PM

If too late log in, 10pm, any line problem?

Reply
Cikgu Ayu dot My August 5, 2021 - 10:32 AM

Sistem mungkin dalam penyelenggaraan sekarang. boleh cuba di lain hari. 😀

Reply
Yap bee siew October 8, 2021 - 7:21 PM

IQ nilam websites langsung tak boleh log in ?

http://www.iqnilam.gov.moe.my muncul =”page not found “

Reply
Belinda October 18, 2021 - 9:17 PM

Is link to https://iqnilam.moe.gov.my correct? Say sudah cuba selama 2 hari.

Reply

Leave a Reply to Cikgu Ayu dot My Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.