Contoh Ayat-Ayat Refleksi RPH

6
26378

Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah memerlukan persediaan dan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) oleh guru. Penyediaan RPH ni bergantung kepada persetuan dan arahan sekolah bentuknya. Terdapat guru yang hanya mencatat tajuk, tema, objektif  dan refleksi. Ada juga yang perlu menulis RPH secara teliti dan panjang lebar.

Berikut saya kongsikan antara refleksi yang boleh kita jadikan idea semasa mengarang refleksi bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Moga-moga bermanfaat.

  1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
  2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir  bab ini / ………….
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
  4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
  5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
  6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih  masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
  10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
  11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
  12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
  13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
  21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
  22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
  23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
  24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
  25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh.

6 COMMENTS

  1. Hi cikgu ayu. Saya mohon pencerahan. Penulisan refleksi….adakah wajib utk setiap refleksi diberikan bilangan pelajar. Cth :terdapat 5 daripada 30 org pelajar yang tidak menguasai…

  2. assalamualaikum cikgu saya nak tanya. saya buat laporan. saya tulis apa yang saya buat ahri2 contoh key in sales, filling, update stock dan sebagai nya. daripada apa yang saya tulis tu macam mana kita nak buat satu contoh ayat refleksi ? dan saya tak tau macam mana nak buat ayat refleksi tu.. saya harap cikgu boleh bantu saya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.