Home Pembelajaran Abad Ke-21 Contoh Ayat-Ayat Refleksi RPH

Contoh Ayat-Ayat Refleksi RPH

by Cikgu Ayu dot My

Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah memerlukan persediaan dan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) oleh guru. Penyediaan RPH ni bergantung kepada persetuan dan arahan sekolah bentuknya.

Terdapat guru yang hanya mencatat tajuk, tema, objektif  dan refleksi. Ada juga guru yang menulis RPH secara teliti dan panjang lebar untuk memastikan setiap langkah pembelajaran murid lebih tersusun.

Kepentingan Refleksi RPH

Menyediakan refleksi RPH merupakan salah satu langkah melakar peta minda terhadap apa yang telah berlaku di dalam bilik darjah. Proses refleksi akan membantu seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran.

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Setiap proses refleksi yang yang dilakukan oleh guru membolehkan seseorang guru itu terlibat di dalam perkembangan profesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru untuk mengenalpasti pelbagai kaedah atau teknih baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran.

Contoh Ayat-Ayat Refleksi RPH

Berikut saya kongsikan antara refleksi yang boleh kita jadikan idea semasa mengarang refleksi bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya terdapat pembetulan atau penambahbaikan, boleh catatkan di ruangan komen.

  1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
  2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir  bab ini / ………….
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
  4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
  5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan..
  6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih  masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
  10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
  11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
  12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
  13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
  21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
  22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
  23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
  24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
  25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh.

Penetapan Ayat Refleksi RPH

Refleksi RPH ini boleh diubah suai mengikut keadaan dan pengalaman dalam kelas masing-masing. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan idea kepada guru-guru tentang Contoh Ayat-Ayat Refleksi RPH

Related Posts

6 comments

HANITA BT ABDUL MALEK February 22, 2017 - 5:08 PM

Mohon pencerahan antara objektif dengan kriteria kejayaan. Terima kasih satu perkongsian ilmu yg sungguh bermanfaat.

Reply
Cikgu Ayu dot My February 26, 2017 - 10:44 AM Reply
normah ali February 23, 2017 - 5:58 PM

moho share untuk ayat-ayat refleksi untuk RPA

Reply
Cikgu chandra March 6, 2017 - 10:44 PM

Hi cikgu ayu. Saya mohon pencerahan. Penulisan refleksi….adakah wajib utk setiap refleksi diberikan bilangan pelajar. Cth :terdapat 5 daripada 30 org pelajar yang tidak menguasai…

Reply
que March 13, 2017 - 10:05 AM

terima kasih atas perkongsian dan pencerahan pihak encik.

Reply
ikmal May 9, 2019 - 4:18 PM

assalamualaikum cikgu saya nak tanya. saya buat laporan. saya tulis apa yang saya buat ahri2 contoh key in sales, filling, update stock dan sebagai nya. daripada apa yang saya tulis tu macam mana kita nak buat satu contoh ayat refleksi ? dan saya tak tau macam mana nak buat ayat refleksi tu.. saya harap cikgu boleh bantu saya

Reply

Leave a Reply to Cikgu Ayu dot My Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.