Home Grafik Bahan Sambutan Maulidur Rasul

Bahan Sambutan Maulidur Rasul

by Cikgu Ayu dot My
Sambutan Maulidurrasul

Bahan-Bahan Sambutan Maulidur Rasul ini saya kongsikan untuk kumpul bahan berkaitan Sambutan Maulidur Rasul, contohnya risalah, buku program, kertas kerja, label dan sebagainya. Sekiranya rakan-rakan ada simpan bahan tersebut, jom kongsikan bersama!

Maksud Maulidur Rasul

Maulidur Rasul bermaksud kelahiran rasul. Perkataan ini berasal dari Bahasa Arab sempena meraikan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawwal Tahun Gajah. Setiap tahun umat islam akan meraikan hari tersebut.

JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My

Di Malaysia, terdapat tema yang akan tetapkan menjelang sambutan ini pada setiap tahun.

2019Negara Rahmah, Ummah Sejahtera
2018Menyantuni Umat Membawa Rahmat
2017Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara
2016Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah
2015Perpaduan Nadi Transformasi Negara
2014Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2020

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2020 ialah “Ummah Rabbani Negara Harmoni”. Tema ini bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW.

Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan.

Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan magasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan.

Tujuan Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul bertujuan untuk memperingati dan memuliakan hari kelahiran Rasulullah S.A.W. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan selawat dan puji-pujian ke atas baginda. Sambutan ini juga dapat menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW.

  • اللَّهُــمَّ صَلِّ وَسَـــلِّمْ وَبَارِكْ على نَبِيِّنَـــا مُحمَّدﷺ

Di sekolah pula, terdapat pelbagai aktiviti dilakukan semasa majlis sambutan ini seperti perarakan, berselawat beramai-ramai, ceramah, kuiz, pertandingan melukis poster, pertandingan nyanyian nasyid, pertandingan melaungkan azan dan banyak lagi.

Label Cuti Sambutan Maulidur Rasul

label cuti maulidur rasul

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan yang membaca. Salam Maulidur Rasul.

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.