Planner Mingguan Guru 2019

16
15371
Planner guru 2019

Lama-lama di kampung memang mendamaikan. Ada masa, curahkan idea dan sumbangkan sedikit buah tangan. Alhamdulillah, ada sedikit sumber kerajinan. Moga istiqamah untuk sentiasa memberi. Doakan. 🙂

Catatan, sama ada yang masih dalam perancangan atau yang sudah berlaku, amat penting. Kadang-kala kita lupa tentang aktiviti, acara atau program yang telah berlangsung pada minggu tersebut. Melainkan cuti, ini kita akan selalu hitung kira. 😀

Dengan menggunakan planner ini, guru dapat merancang dan membuat refleksi pengajaran secara ringkas. Guru juga dapat coretkan kesan proses pengajaran terhadap pembelajaran murid.

Planner Mingguan Guru

Planner Mingguan ini sama sahaja fungsinya dengan Label Minggu Persekolahan 2019 yang pernah saya kongsikan. Jika ada yang ketinggalan maklumat, boleh sahaja terus ke laman berikut:



Fungsi Planner Mingguan Guru

Guru-guru boleh menggunakan bahan ini sebagai pemisah antara minggu-minggu sesi pembelajaran berlangsung. Kebiasaannya, bahan ini dimuatkan dalam Fail Rancangan Pengajaran Harian (RPH) atau Fai Rekod Pembelajaran dan Pemudahcara (RPP).

Bezanya cuma planner ini mempunyai ruangan catatan harian. Guru-guru boleh mencatat cuti atau apa jua aktiviti dan program yang berlangsung pada hari tersebut.



Perincian Planner Mingguan Guru

🌺 Format dan saiz : 

  1. Format : Microsoft Power Point  (.pptx)
  2. Saiz : A4
🌺 Jenis Tulisan (Font) yang digunakan :
  1. Brights Diamond
  2. Nadeem
  3. Futura

Akan DikemaskiniMuat Turun DêGuru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

 

16 COMMENTS

  1. Assalamualaikum.. Cikgu ayu.. Terima kasih atas perkongsian.. Boleh sy tahu.. Cikgu ambil bahan dari mana nk create design mcm ni? Sgt cantik

  2. Salam….saya amat berminat dengan planner mingguan cikgu..dengan rendah diri saya ingin tahu bagaimana saya blh dapatkan bahan tu ye….terima kasih

  3. Alhamdulillah..masih ada ihsan berjiwa mulia ikhlas berkongsi bahan kerana Allah s.w.t. Terima kasih byk2 cikgu Ayu moga sentiasa dilimpahkan keberkatan, rahmat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

  4. Cikgu Ayu, kak mohon untuk gunakan bahan yang cikgu sediakan. Moga Allah memberkati usaha murni cikgu ini dengan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan dirahmatiNya

  5. Assalamualaikum cikgu Ayu. Terima kasih cikgu atas perkongsin bahan. Cikgu Ayu, cikgu yang hebat dan semoga usaha anda diberkati allah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.